Bayi Kena Hempap Dengan Durian. Bapa Tampil Cerita Kisah Sebenar Yang Berlaku

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, Megat Muhammad Kays Muhaddin Megat Zarulfais cedera di muka selepas terkena buah durian yang gugur di Felda Jengka 17, Bandar Jengka, Pahang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, bayi itu bersama ibunya, Norfarahana Baharuddin pergi ke belakang rumah mereka untuk melihat buah durian yang gugur.

Bapa bayi itu, Megat Zarulfais Megat Kamaruddin, 26, berkata, pada mulanya, isterinya pergi seorang diri dan mening­galkan anak mereka di rumah tetapi bayi itu menangis sebelum dia pergi semula mengambil Megat Muhammad.

“Ketika berada di belakang rumah, isteri tiba-tiba terdengar bunyi buah gugur sebelum berlari bersama anak untuk menyelamatkan diri.

“Bagaimanapun, buah itu gugur ke atas badan isteri saya terlebih dahulu sebelum bergesel ke muka anak. Anak kami tidak ada apa apa pun, cuma luvka ca@lar sahaja,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! di sini hari ini.

Kecederaan dialami Megat Muhammad Kays yang terkena buah durian gugur di Felda Jengka 17, Pahang sem

Kece3deraan dialami Megat Muhammad Kays yang terkena buah durian gugur di Felda Jengka 17, Pahang semalam.

Mengulas lanjut, katanya, anaknya telah dibawa ke Hospital Jengka untuk pemeriksaan lanjut namun tiada yang serius.

Terdahulu, tular gambar bayi tersebut beserta kapsyen di laman sosial Facebook yang meminta netizen mendoakan kesihatan bayi itu yang ditimpa durian.

Status tersebut dipercayai dikongsi rakan kepada keluarga berkenaan yang prihatin nasib mereka sekeluarga.

Megat Zarulfais berkata, status ber­kenaan telah membuatkan mereka sekeluarga dike3cam kerana dikatakan se­ngaja membawa bayi berkenaan melihat pokok durian

p/s: Semoga k3jadian ini menjadi pengajaran kepada semua. Berhati-hatilah ketika berada di dusun durian, kerana kita tidak tahu bila waktu buah tersebut akan luruh 

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 

Sumber : KOSMO ONLINE

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Bayi Kena Hempap Dengan Durian. Bapa Tampil Cerita Kisah Sebenar Yang Berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*