Permaisuri Agong Curi Tumpuan di Live IG, Sempat Usik Tengku Hassanal, “Dah Berpunya ke Belum”

Baru dua hari istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berakhir.

Pelbagai kisah menarik telah mencuri tumpuan antaranya adalah kemesraan yang ditunjukkan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah apabila berpegangan tangan sambil tersipu-sipu malu. Malah sebelum itu lagi kisah YDP Agong dan Raja Permaisuri sering menjadi buah mulut.

Terkini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri tumpuan netiz3n di media sosial apabila mencemar duli mengadakan siaran langsung di Instagram (Live IG) pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim sebentar tadi.

Terdahulu Rizalman mengadakan Live IG bersama pengikutnya dan bercerita mengenai pengalamannya menguruskan balairung seri tempat dan busana Tunku Azizah untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa lalu.

Sempat usik anakanda, Tengku Hassanal

Tunku Azizah kemudiannya menyapa Rizalman seterusnya baginda mencemar duli di Live IG bersama anakandanya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ketika santap durian dan pisang goreng.

Baginda sempat bergurau dengan Tengku Hassanal bertanyakan mengenai sama ada anakandanya sudah berpunya atau tidak memandangkan ramai puji ketampanannya ketika hari pertabalan tersebut.

” Siapa hendak jadi isteri Tengku Hassanal kena pandai makan durian, gulai tempoyak dan kena siapkan pakaian anakanda saya dari kepala sampai kaki, sebab dia (Tengku Hassanal) sekarang saya yang uruskan semua,” titah baginda.

Sebelum ini Tunku Azizah mencuri tumpuan di media sosial apabila mencemar duli memasak lima jenis lauk di rumah Rizalman.

Lima jenis lauk itu adalah gulai nenas udang, asam pedas ayam daun kesom, pindang serani ikan jenahak, ikan bilis masak kicap dan sayur buncis udang kering,

Dalam pada itu, rata-rata netize3 berasa terk3jut dengan kemunculan Tunku Azizah di Live IG bersama Rizalman tersebut. Masing-masing memuji gaya bersahaja Raja Permaisuri Agong yang tidak kekok berbual di laman media sosial.

” Pertama dalam sejarah negara, Tuanku live santai. Rasa sebak pulak tadi.

” Menjunjung kasih tuanku, sudi mencemar duli online bersama dato, tqvm dato rizalman berkongsi dgn kami hubungan istimewa bersama tuanku

” Patutla rasa nk tgk live Dato… Sekali Raja Permaisuri Agong join live.. Terharu rasa… Dpt tgk… Bukan senang..”

https://www.facebook.com/bujanglapok2.6b/videos/494844477932307/

Daulat Tuanku!! Semoga Raja Permaisuri Agong sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: kosmo

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Permaisuri Agong Curi Tumpuan di Live IG, Sempat Usik Tengku Hassanal, “Dah Berpunya ke Belum”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*