Bertudung Dan Berkopiah Berebut Ambil Susu, Pemilik Lori Terbalik Akhirnya Bersuara Selepas Ini Terjadi

Pemilik lori muatan susu yang terbalik di Cabang Tiga, Kampung Tawang, Bachok kelmarin berterima kasih kepada orang ramai yang memulangkan semula susu yang diambil ketika insiden itu berlaku.

Azizan Zainuddin, 57, berkata, sejak berita itu tular, ramai yang ‘terambil’ susu berkenaan tampil memulangkan kembali di rumahnya dan ada yang meletakkan kembali di lokasi kejadian.

” Malam tadi pun ada orang tinggalkan susu di lokasi lori terbalik dan polis menyimpannya untuk diberikan kepada saya.

” Walaupun masih banyak yang belum memulangkannya, sekurang-kurangnya kerugian tidak terlalu tinggi,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Azizan mengakui rayuannya meminta orang ramai memulangkan kembali susu yang diambil tanpa kebenaran menerusi laman sosial dan media cetak banyak membantu.

Hari ini katanya, pengumuman yang sama turut dibuat di masjid di Tawang ketika solat Jumaat yang meminta orang ramai memulangkan susu yang diambil.

” Lori berkenaan membawa muatan 24 pelet susu, setiap pelet mengandungi 50 kotak dan setiap kotak mengandungi 48 tin susu. Susu itu perlu dihantar ke stor di Pengkalan Chepa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, polis membuka siasatan kertas siasatan berhubung insiden tersebut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Katanya, memang jelas ramai yang terlibat mengambil susu di lokasi kejadian berdasarkan video berdurasi 34 saat yang tular di laman sosial.

” Siasatan mendapati pemandu treler tidak memberi kebenaran kepada sesiapapun untuk mengambil susu tersebut,” katanya.

Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, anak Azizan, Mohd Baihaki, 25, yang memandu lori tersebut cedera di dahi apabila lori yang dipandu terbabas dan terbalik.

Selepas mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, orang ramai mengambil susu yang berterabur dari lori yang terbalik.

Terdahulu Azizan Zainuddin yang juga pemilik lori yang terbalik di Simpang Tiga Beris Kubor Besar semalam telah meminta orang ramai yang mengambil susu dari kenderaan berat itu supaya memulangkannya semula.

Azizan Zainuddin, 57, berkata, lori yang dipandu anaknya, Mohd Baihaki, 25, itu membawa 24 palet susu dan mereka hanya mengambil upah menghantar bekalan susu tin itu dari Klang, Selangor ke gudang di Pengkalan Chepa.

” Setakat ini saya hanya menerima semula dua palet. Satu palet mengandungi 50 kotak susu. Satu kotak ada 48 tin susu, bayangkan berapa banyak saya rugi jika orang ramai tidak pulangkan kepada saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Azizan berkata, dia juga akan meminta pihak masjid di Wakaf Zin membuat pengumuman mengenainya waktu solat Jumaat esok.

” Orang ramai yang mahu pulangkan susu boleh hubungi saya di talian 014-8498669,” katanya.

Kejadian jam 4 petang semalam tular di laman sosial apabila orang ramai tanpa segan silu mengambil susu dari lori tersebut.

Difahamkan pemandu yang luka di dahi sempat melihat muatan yang dibawa tidak bertaburan sebelum dia dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu gambar-gambar orang ramai mengambil susu tersebar di laman sosial.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: sinarharian

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Bertudung Dan Berkopiah Berebut Ambil Susu, Pemilik Lori Terbalik Akhirnya Bersuara Selepas Ini Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*