“Hoiii apa, yang bawak motor dalam rumah tu kenapa”- Shuib Kena Sound Dengan Siti Sarah

Shuib dengan motor y15 memang tidak boleh dipisahkan. Bermula kisah bagaiman dia pujuk isteri untuk beli motor y15, sehingglah kena p3dajal dengan Siti Sarah bila motor yang baru dibeli kena make over bunga-bunga. Tidak berhenti disitu, gelagat Zizan yang membahan Shuib kerana baru nak belajar main motor buat Shuib terus tercabar

Sejak dari situ, pelbagai kisah timbul sehingga pengikut yotube Shuib Channel dari 40k Subscriber terus  melonjak kepada lebih 300k subscriber. Tapi kali ini, Shuib betul-betul kena marah dengan Siti Sarah

Kena Sound

Shuib baru nak buat rakaman  video untuk kandungan Youtube, tapi lain pula yang jadi. Kali ini dia silap tempat dan masa. Siti Sarah mememang bukan acah2 berlakon macam sebelum ni lagi dah, baru je Shuib hiudpkan enjin motor dalam rumah, terus kena sound dengan bini

“Hoiii apa, yang bawak motor dalam rumah tu kenapa”- Shuib Kena Sound Dengan Siti Sarah

“Bestnya Jadi Yg Satu Dalam Sejuta Tu Kan Bu”, Shuib Gurau Pasal Poligami. Ini Reaksi Padu Siti Sarah

Perkongsian sebuah kisah seorang wanita dilamar madu sendiri sehingga membawa ke ikatan perkahwinan telah menjadi tular sejak semalam.

Ternyata kisah tersebut bukan sahaja mendapat perhatian warganet malah juga di kalangan para artis terutama lelaki. Ini yang berlaku apabila pelawak terkenal Shuib Sepahtu telah membuat status di Instagram beliau yang merujuk kepada kisah tersebut.

Shuib telah menjadikan topik serta gambar kisah tentang poligami itu dan ditujukan statusnya itu terus kepada isteri beliau.

” Bestnya jadi yang 1 dalam sejuta tu,,kan bu…@sitisarahraissuddin”, tulis Shuib

Status yang dimuat naik Shuib itu ternyata mendapat reaksi hangat di kalangan pengikut beliau dengan 59k memberi tanda ‘like’ dan lebih 1.6k komen.

Namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah apabila isteri Shuib iaitu Siti Sarah turut memberi respon pada status tersebut dengan menulis komen yang mencuit hati ramai.

” Dah habis fikir ke sebelum post?” tulis Siti Sarah.

Komen Siti Sarah itu telah mendapat beratus komen balas dari netizen yang terhibur dengan gurau senda suami isteri itu.

” @sitisarahraissuddin habisssss, orang rumah dah datang..siap la kau ib, lepas ni kena perintah bekurung.. Kak, bagi standard balik motor dia kak

” @shuibsepahtu tikus gais..abis arhhh abg tido luar la bang nampaknya malam ni bersama ysuku.. hahahahaha kena hack yee ibbb

” Tak berani nk komen apa2…sentiasa doa yg baik2..semoga bhagia till…jannah..biasa lelaki klau berani post2 mcmni..dia jnis suka bergurau dn setia..

Melihat kepada komen Siti Sarah itu, Shuib lantas memberi reaksi balas dengan berkata bahawa IG beliau sebenarnya kena hack. ” Alamak, rasanya IG I kena hack nii bu..”, tulis Shuib

Dalam pada itu terdapat juga segelintir pengikut yang menegur Shuib kerana beranggapan ‘post’ sedemikian tidak sesuai meskipun sekadar untuk bergurau.

” Tak baik tau bang post gini walaupun sekadar bergurau.. Kecik hati isteri tu.. Maaf andai sy post ni skdar teguran disini..”, tulis netizen

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Hoiii apa, yang bawak motor dalam rumah tu kenapa”- Shuib Kena Sound Dengan Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*