Ini Biodata Gadis Baca Berita Yang Fizo Nak ‘Try’. Bukan Biasa2

Hawa Rizwana, gadis yang wajahnya menjadi tular  kerana dikatakan seiras dengan selebriti Neelofa dilantik menjadi penyampai berita TV9 mulai 1 September 2 tahun lalu.

Gadis yang baru berusia 24 tahun itu berkata tawaran berkenaan diterimanya setelah tamat latihan industri selama empat bulan di program bualbicara wanita popular, Wanita Hari Ini.

Eksekutif Editor Berita TV9, Wan Sabariah Shikh Ali berkata, Hawa dipilih berdasarkan bakat dan kriteria yang ada sebagai seorang pembaca berita.

“Dia diambil menyertai Berita TV9 bukan kerana wajahnya seiras Neelofa tetapi kami nampak dia mempunyai potensi untuk berkembang menjadi seorang pembaca berita.

“Dia ada suara dan latar belakang yang sesuai untuk berada dalam bidang kewartawanan penyiaran. Seorang pembaca berita tidak perlu cantik kerana wajah adalah pilihan kedua dan kita boleh solek mereka menjadi lebih menarik,” ujarnya.

Kini nama gadis berusia 24 tahun itu terus melonjak apabila bertugas sebagai penyampai berita di stesen televisyen Media Prima.

Pemilik nama sebenar Hawa Rizwana Ahmad Redzuan yang juga merupakan graduan dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menafikan pemilihan tersebut dibuat kerana wajahnya yang menjadi bualan netizen.

Semalam, dia memuat naik satu posting melalui akaun Instagram peribadinya ketika sedang bertugas bagi Majlis Pertabalan Agong yang ke-16 yang mengundang perhatian ramai.

Bertugas di Maljis Pertabalan Agong…

Semalam, dia memuat naik satu posting melalui akaun Instagram peribadinya ketika sedang bertugas bagi Majlis Pertabalan Agong yang ke-16 yang mengundang perhatian ramai.

Pengalaman membuat liputan tersebut merupakan satu pengalaman terbaik buatnya sehingga mendapat ramai daripada peminat dan pengikut di Instagram.

Fizo Omar juga tidak ketinggalan meninggalkan komen.

Alaa korang ni pun, cuba la bersangka baik. Mana tahu Fizo Omar memang kagum cara penyampaian dan ikhlas memuji kehebatan Hawa ketika membuat siaran langsung.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ini Biodata Gadis Baca Berita Yang Fizo Nak ‘Try’. Bukan Biasa2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*