Ini Yang Aishah Azman Boleh Tuntut di Mahkamah Syariah

Seorang pengguna laman Facebook yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang peguam bernama Fahmi Ramli menyentuh mengenai pertunangan pasangan pelakon Aishah Azman dan Syafie Naswip yang pvutus di tengah jalan baru-baru ini.

Menurut Fahmi, mana-mana pihak sama ada lelaki atau perempuan boleh menuntut gantirugi di Mahkamah Syariah jika salah seorang daripada mereka memuvtuskan pertunangan tersebut.

Memuat naik foto Aishah dan Syafie, Fahmi menerusi status di akaun Facebook terbabit telah mengulas bagaimana tuntutan tersebut boleh dilakukan.

“Tuntut Hak Gantirugi Pertunangan di Mahkamah Syariah.

“Viral seorang artis terkenal yang putus pertunangannya juga dengan seorang artis. Siapa-siapa pun kalau bertunang tak mahu hal ini terjadi. Lebih perit pulak pertunangan yang diputuskan ini ada isu yang besar sehingga melibatkan pihak polis.

“Saya tak mahu ulas tentang isu yang timbul antara artis tersebut. Biarkan pihak polis lakukan tugas mereka. Cuma, ada soalan daripada netizen, Aishah tu tak boleh tuntut apa-apa ke di Mahkamah Syariah? Insya-Allah saya akan ulaskan sedikit supaya menjadi panduan semua.

“Boleh Ke Tuntut Gantirugi di Mahkamah Syariah?

“Pertunangan adalah suatu perjanjian sama ada secara bertulis atau perjanjian mulut untuk berkahwin. Pada ketika bertunang, haram untuk orang lain mengikat pertunangan dengan perempuan itu. Dalam undang-undang Keluarga Islam setiap negeri ada diperuntukkan tentang bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan tuntutan Gantirugi Perkahwinan.

“Mana-mana pihak yang mungkir janji untuk berkahwin itu, adalah bertanggungjawab untuk pulangkan :

1) Pemberian pertunangan (jika ada)

2) Memulangkan nilainya

3) Membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan oleh satu pihak dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu.

“Jadi, dalam kes ni, pihak yang diputuskan pertunangan boleh membuat tuntutan gantirugi yang dia telah tanggung untuk membuat sebarang persediaan kearah perkahwinan tersebut. Ini termasuk dengan persiapan yang dilakukan bagi Majlis Pertunangan,” tulisnya.

Selain itu, Fahmi turut menjelaskan persoalan ramai pihak sama ada salah seorang pasangan itu boleh menuntut saman malu atau pun tidak.

“Boleh ke Tuntut Saman Malu?

“Tidak boleh. Di dalam Mahkamah Syariah, hanya gantirugi perkahwinan yang berbentuk perbelanjaan kearah persediaan untuk Majlis Perkahwinan sahaja boleh dituntut.

“Jika tuntutan itu bersifat gantirugi am kerana keaiban/malu, tohmahan masyarakat, penderitaan, tekanan jiwa dan perasaan, ia boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil (Tuntutan Sivil).

“Ini berdasarkan kepada kes Salbiah Bt Othman vs Haji Ahmad B Abdul Ghani (JHXXI/I 1427H) yang mana Mahkamah Tinggi Syariah Seremban telah menolak tuntutan Gantirugi Keaiban berjumlah RM200,000.00 yang dituntut oleh pihak Plaintif,” katanya.

Sementara itu, peguam itu turut menyenaraikan tuntutan yang boleh dilakukan oleh Aishah.

“Apa Yang Aishah Boleh Tuntut di Mahkamah Syariah? Di dalam kes Aishah ni, dia boleh membuat tuntutan :

i) Belanja kenduri kecil-kecilan semasa hari pertunangan seperti jamuan makan dan khemah-khemah luar rumah

ii) Baju pengantin yang telah dibayar penuh olehnya termasuk dengan make up kepada butik

iii) Bayaran duit catering

iv) Kad-kad jemputan

v) Pengubahsuaian rumah (bilik tidur, bilik air, cat rumah dll)

vi) Pembelian katil pengantin

vii) Tempahan langsir dan cadar

viii) Deposit photographer

“Ok, faham kan apa yang boleh dituntut untuk gantirugi putus tunang. Pertunangan bukan hal yang boleh dibuat main-main. Ia dah melibatkan dengan perundangan serta hukum syarak. Jadi, pihak yang memutuskan pertunangan perlu bertanggungjawab atas pemutusan pertunangan tersebut melainkan pihak satu lagi tu redha.

“Moga kita semua dilindungi dengan rahmat Allah. Tapi kalau dah tiada jodoh, mungkin ada hikmah disebalik insiden ni. Ada hikmah juga bila tahu sesuatu sebelum berkahwin, kan?” jelasnya lagi.

Sebelum ini, dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu.

Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia baru saja putus tunang dengan Aishah.

Pelakon filem Mukhsin itu menerima serangan komen ‘tentera bawang’ di laman Instagram miliknya gara-gara didakwa membelasah bekas tunangnya.

Terdahulu, Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras.

Biodata Aishah Azman

1. Pemilik nama penuh Nor Aishah Afika binti Azman Shah. Popular sebagai ‘Aishah Azman’.

2. Kelahiran Kelantan, Malaysia pada 8 Mei 1996.

3. Kini berusia 23 tahun.

4. Ibunya bernama Hasliza Mohd. Manakala abangnya, Afiq Muiz merupakan seorang pelakon yang pernah meledak menerusi drama Mimpi Cinderella.

5. Berkelulusan Diploma dalam jurusan Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

6. Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai aktres dan model sejak tahun 2016.

7. Namanya mula melonjak naik selepas membintangi drama Bagaikan Kelip-Kelip, Namaku Bedah, Mencintaimu Mr. Photographer dan Cinta Hati Batu.

8. Antara lain, kemunculannya di kaca televisyen menerusi drama Nasi Minyak Kuah Cinta, Impian Lulu, Jangan Ikut Aku, Raisha, Inai Yang Hilang, Pengantin 100 Hari, Isteri Dalam Sangkar, Waliuddin 2 Ringgit, Sesegar Nailofar dan Bukan Cinta Aku.

9. Termasuk telefilem Oh Cikgu Aminah, Hey Missy, Songket Mak Andam, Bini Muda, Love You Miss Pomen, Kakak Iparku Memang Win, Khalifahkah Aku, One Last Raya Bersama dan Di Pinggir Ilusi.

10. Mengikat tali pertunangan dengan aktor Syafie Naswip pada 7 April 2019 selepas berhubungan cinta sejak tahun 2018.

https://www.facebook.com/bujanglapok2.6b/videos/344780813140694/

Fakta Menarik

Menyifatkan dirinya seorang yang peramah dan gemar berjenaka, meskipun memiliki wajah yang g@arang!
Menolak gi1mik murahan dan kontorve3rsi untuk melariskan nama.
Ingin berdiri di atas kaki sendiri tanpa menumpang populariti diraih abangnya.

Semuanya tinggal kenangan 

Terdahulu, Syafie berkata keputusan untuk membawa haluan masing-masing dibuat atas persetujuan bersama selepas berdepan dengan dugaan berat. Bagaimanapun, Syafie menegaskan ikatan pertunangan yang putus itu bukan disebabkan orang ketiga dan pihak keluarga.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 7 April lalu dan merancang untuk bernikah pada hujung tahun ini

sumber: iluminasi.com, mstar, astrogempak 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ini Yang Aishah Azman Boleh Tuntut di Mahkamah Syariah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*