Isu tempat duduk Najib Berubah Ketika Istiadat Pertabalan Agong, Tun Mahathir mula bersuara

Sebelum ini Najib Razak telah memuatnaik hantaran terbaru di media sosialnya mengenai isu berkenaan. Menurutnya:

Bukan kekeliruan tetapi menerima panggilan pada pukul 6:30 pagi yang sama bahawa tempat duduk ditukar

Sepatutnya duduk di tempat ke-10 sebagai bekas Perdana Menteri mengikut protokol istiadat tetapi ditukar pada saat terakhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang.

Pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas PM tak sama. Setiap jawatan ada protokolnya. Masa itu dah tak sempat nak ambil pakaian dari Pekan.

Tempat duduk Najib pada istiadat pertabalan sudah ditetapkan awal – Mujahid

Tempat duduk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa lepas telah ditetapkan dan tidak dialihkan pada saat akhir seperti didakwa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Mujahid yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkata pihaknya sudah memberikan jawapan rasmi kepada Najib berhubung dakwaan itu.

‘Itu istana punya kerja, bukan saya’ – Tun Mahathir

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak terlibat dalam penentuan kedudukan tempat duduk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Negara semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selasa lepas.

Perdana Menteri berkata urusan berkaitan kedudukan tetamu dan jemputan ke istiadat itu dikendalikan pihak Istana Negara.

“Saya tidak tahu dan saya tak nampak apa-apa pun, itulah tempat dia kot. Itu istana punya kerja bukan saya,” katanya kepada media di sini selepas menghadiri Majlis Jamuan Malam Amal dan pelancaran Tabung Jasamu DiKenang Ex-Kota Bharu Teacher’s College, di sini, malam ini.
Dr Mahathir ditanya mengenai dakwaan Najib bahawa beliau tidak dapat hadir ke istiadat itu setelah menerima panggilan pada 6.30 pagi bahawa tempat duduknya yang sepatutnya di tempat ke-10 sebagai bekas perdana menteri mengikut protokol istiadat ditukar pada saat akhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang.

sumber: Najib Razak, mkini 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Isu tempat duduk Najib Berubah Ketika Istiadat Pertabalan Agong, Tun Mahathir mula bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*