“Jangan Anggap Saya Seperti Anak Patung”, Sultan Johor Akhirnya Bersuara Kerana Hal Ini

SULTAN IBRAHIM: “SAYA BUKAN KOLONEL KOMANDAN YANG BOLEH DIANGGAP SEPERTI PATUNG”

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan baginda bukan patung berhubung peranannya sebagai Kolonel Komandan Grup Gerak Khas (GGK).

Dalam titahnya melalui laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda mengakui tindakannya mencampuri urusan perolehan GGK tidak disenangi sesetengah pihak.

” Jika saya tidak campur tangan dalam hal ini, siapa yang akan untung berjuta ringgit.

” Saya sedar, tindakan saya mencampuri urusan perolehan komando ini tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan sebagai ejen atau orang tengah,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-54 di Kem Iskandar, Mersing hari ini.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut hadir mengiringi baginda ke majlis itu.

Dalam pada itu, baginda turut bertitah, pihak komando tidak seharusnya menerima apa sahaja peralatan yang dicadangkan atau hendak dijual oleh pembekal.

” Saya juga perhatikan ada bekas-bekas jeneral bersara menjadi ejen menjual perkakasan tentera kepada komando dengan harga tidak masuk akal.

” Sebagai contoh, pembelian bot ‘Rigid Riding Craft’ sebanyak lapan unit dicadangkan dengan kos RM5 juta seunit. Harga ini tidak munasabah dan selepas saya campur tangan, saya berikan komando bot lebih baik serta menjimatkan kerajaan,” titah baginda.

Tegas baginda, sebagai Kolonel Komandan GGK, baginda akan sentiasa memerhati serta mengambil tahu mengenai Kor Gerak Khas.

Baginda turut bertitah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan yang meluluskan peruntukan hampir RM180 juta untuk perolehan beberapa peralatan khas komando, payung terjun, rumah CQB (tempur jarak dekat) dan kolam renang tempur di Kem Iskandar.

Sementara itu rata-rata pengikut di Facebook SultanĀ  Johor turut berbesar hati dan bersetuju dengan tindakan baginda yang mengambil langkah drastik dalam membendung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

” Daulat Tuanku….Berginilah semoleknya..Hamba rakyat semua tak mau di bazirkan wang untuk kelengkapan tak seberapa dengan harga tak masuk akal..”

” Fuh ..alhamdulilah…betul tuanku…tak perlu bazir sampai 5 juta sebuah..nampak dah kekantoian kat situ..asik nak mark up harga melampau ja.. teruskan tuanku.. ye la..kalau nak beli aset pun biarlah munasabah harganya…dan kalau 40 juta tu banyak lagi aset tempur lain boleh belo sekaligus..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: sinarharian

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Jangan Anggap Saya Seperti Anak Patung”, Sultan Johor Akhirnya Bersuara Kerana Hal Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*