Ini kata2 padu pemilik treler, Azizan Zainudin kepada mereka yg dah minum susu

KALAU sudah terminum, jadi darah daging, saya halalkan tapi kalau masih belum guna susu itu, tolong pulangkan,” kata pemilik treler, Azizan Zainudin, 57.

Azizan berkata, setakat ini dia menerima banyak permohonan maaf dan orang ramai memulangkan semula susunya yang dikutip dalam kejadian treler terbalik, Rabu lalu.

Katanya, ada individu mendakwa terikut dengan tindakan orang ramai mengutip susu selepas treler dipandu anaknya, Mohd Baihaqi, 25, terbalik.

“Orang ramai hubungi saya dan memohon maaf selain beritahu ada memberi susu itu kepada keluarganya termasuk bapanya yang akan mengerjakan haji bulan ini, jadi dia mohon halalkan.

“Saya ingin tegaskan, saya halalkan untuk yang dah terminum, dah guna sebab benda dah terjadi.

“Cuma, saya minta mereka bantu selesaikan masalah saya untuk buat tuntutan insurans dengan memulangkan kembali susu belum digunakan,” katanya ketika dihubungi di Bachok, hari ini.

Menurutnya, selepas jadi kes polis, semua susu itu dibawa ke balai untuk siasatan dan mungkin memakan masa berbulan-bulan untuk selesai.


ANTARA susu tin yang dipulangkan dalam plastik. FOTO Nor Amalina Alias
Polis buka kertas siasatan

“Ada yang dakwa, susu itu tarikh luputnya dua bulan lagi, jadi saya kena ganti, banyak saya terpaksa tanggung.

“Jadi kalau betul-betul nak bantu, bantu dengan hantar segera susu untuk saya selesaikan hal ini dengan pemilik barangan di gudang di Pengkalan Chepa.

“Kalau nak minta sedekah, saya malu dan buntu untuk selesaikan kos ganti rugi kerana tuntutan insurans tak cukup untuk selesaikan kos kehilangan susu dan membaiki lori,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi berkata, bagi kes kecurian susu, pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Katanya, malam tadi pihaknya mengambil semua susu di rumah Azizan dan akan diserah kembali sebaik siasatan selesai.

Rabu lalu, tular rakaman video memaparkan orang ramai mengutip susu tin dari treler terbalik dalam kemalangan di Cabang Tiga, Kampung Tawang, Bachok.

Kemalangan pada 4 pagi dipercayai berlaku ketika lori dari Klang dalam perjalanan menghantar susu itu ke gudang di Pengkalan Chepa.

PENJELASAN DARI PEMANDU LORI SENDIRI

Laman Facebook Live kelate kito telah buat satu inisiatif dengan pergi berjumpa sendiri dengan pemandu lori tersebut untuk mendapatkan kisah sebenar. Menurut pemandu lori tersebut, lori yang dipandu menghadapi masalah pada sistem brek apabila tiba tiba tidak berfungsi.

Ketika itu lori hampir tiba di simpang tiga dan beliau terpaksa buat keputusan untuk membelok dengan laju kerana untuk tidak lori beliau akan merempuh kedai dan kawasan perumahan.

https://www.facebook.com/bujanglapok2.6b/videos/501216517112745/

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 

sumber: hmetro 

Apa Kata Anda?

Leave a comment

Your email address will not be published.


*