‘Makasih Dudaku..’ Norman Hakim Tetap Tunaikan Nafkah Bekas Isteri

Sudah menjadi tanggungjawab bekas suami untuk memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak walaupun sudah bercerai.

Terbaru, pelakon Norman Hakim ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.

Menerusi gambar tersebut, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon telah berkongsi gambar perbualan ‘Whatsapp’ bersama isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isteri, Abby Abadi.

Menerusi gambar tersebut, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon telah berkongsi gambar perbualan ‘Whatsapp’ bersama isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isteri, Abby Abadi.

Dalam pada itu, Norman turut memberi nasihat kepada peminat mengenai tanggungjawab nafkah kepada isteri.

“Sekadar berkongsi tips;selain drpd ayah mak,nafkah utk isteri (& mantan isteri) jangan dilupa walaupun isteri jenis tak meminta2 atau ada bisnes,bekerja & ada pendapatan sendiri.

“Duit dia,duit dia..duit kita,duit dia jugak hak hak,

“Berapa amaun yg diberi takkan ternilai dgn pengorbanan isteri kita mengurus & menjaga terutama untuk anak2 kita,betul tak?Yg penting doa tu..,

“doa2 yg ‘deep’ dari lubuk hati yg ikhlas yg sgt2 didambakan olehku utk terus kuat berusaha mencari rezeki yg halal & barakah utk keluarga,

“Semoga diri ini terus istiqomah sehingga ke akhir hayat Aamiin…Aamiin…Aamiin Ya Rabb Ya Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat memuji sikap bintang pelakon filem Pasrah itu.

Terdahulu, Norman mendirikan rumah tangga bersama Abby Abadi pada tahun 2003 dan berpisah pada tahun 2008.

Kemudian, Norman mendirikan rumah tangga bersama Memey Suhaiza pada 24 September 2011.

‘Kami bersatu untuk kebahagiaan anak-anak’ – Norman Hakim

Norman menasihati supaya ibu bapa membuang sifat ego untuk mengambil langkah memperbaiki hubungan yang terputus. -Instagram
PELAKON Norman Hakim mendedahkan menerima kiriman mesej daripada golongan anak-anak yang meminta pandangan untuk menyatukan ibu bapa mereka yang berpisah.

Menurut Norman dia menasihati supaya ibu bapa membuang sifat ego untuk mengambil langkah memperbaiki hubungan yang terputus.

“Saya terpanggil untuk berkongsi di sini, khusus buat keluarga yang pernah berpisah (khusus buat ayah & mak yang berpisah yang mungkin kalian tak tahu yang anak-anak kalian selalu DM saya minta pandangan & nasihat macam mana ayah & mak mereka ‘bersatu macam Abg Norman & Kak Abby’), maka jadikanlah Ramadan Kareem ini sebagai platform untuk penyatuan semula.

“Buangkanlah ego yang bersifat syaitonirrajim untuk ambil langkah & usaha seiring dengan doa.

“Percaya dan yakinlah, doa adalah senjata mustajab kita sebagai muslim.

“Berdoalah secara istiqomah tanpa lelah sehingga doa-doa kita memasuki frekuensi ‘Alpha’ di mana pada ketika itu baru kita akan faham betapa kuatnya mukjizat qalam doa ini dikala bersatu dengan izin kuasa Allah s.w.t yang maha kuat & hebat sehingga hati manusia pun bisa kita pupuk, lentur, jaga, takluk & peluk hanya dengan doa dan pada ketika itu sesuatu yang dianggap mustahil akan jadi sebaliknya,” tulisnya.

Kredit: MH via IG Norman Hakim

 

Apa Kata Anda?

1 Comment on "‘Makasih Dudaku..’ Norman Hakim Tetap Tunaikan Nafkah Bekas Isteri"

  1. Alhamdulillah. Patutlah berkat hidup kluarga kamu

Leave a Reply to Mha Cancel reply

Your email address will not be published.


*