“Kalau Saya Halang Mungkin Perkara Tak Elok Berlaku”, Ini Pesanan Khas Bapa Zahirah Kepada Aiman

Pelakon, Zainol MacWilson meluahkan rasa gembira apabila anak sulungnya yang juga merupakan seorang pelakon, Zahirah MacWilson, 24, bakal berkahwin dengan aktor Aiman Hakim Ridza, tidak lama lagi.
Zainol, 61, berharap agar Aiman, 30, akan menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik.

” Tentunya saya berasa gembira dan seronok kerana Zahirah sudah bertemu dengan pilihan hatinya.

” Tetapi kalau ikutkan saya, sebenarnya tak mahu dia mendirikan rumah tangga buat masa ini disebabkan masih muda lagi. Kalau boleh 25 tahun ke atas dan sebolehnya bina nama dahulu, berkawan tak ada masalah.

” Namun itu sudah keputusan dia dan seandainya kalau saya menghalang mungkin ada perkara yang tak elok berlaku. Jadi saya sebagai bapa saya menerima sebab nak yang terbaik untuk anak kita.

” Justeru, saya minta agar Aiman jaga hati anak saya. Memang tak dinafikan dalam hidup ada asam garamnya, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

” Saya berharap sangat-sangat semua doakan yang terbaik untuk pasangan Zahirah dan Aiman hingga ke jannah,” luahnya kepada Sinar Harian.

Zainol puji bakal menantu

Zainol Johari MacWilson atau Zainol MacWilson turut menyifatkan Aiman seorang yang menghormati orang tua.

” Alhamdulillah setaka ini yang saya nampak pada Aiman, dia menghormati saya.

” Sebagai bapa dan pelakon saya juga tahu seorang itu ikhlas atau tidak, lebih-lebih lagi Aiman juga seorang pelakon.

” Begitupun, daripada mata kasar saya alhamdulillah dia seorang yang pandai bergaul dan pandai ambil hati,” katanya jujur.

Terdahulu pasangan pelakon terkenal, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal melangsungkan pernikahan pada Februari 2020.

Belum putuskan tarikh perkahwinan

Bagaimanapun, Aiman dan Zahirah belum memutuskan bila tarikh akan menamatkan zaman bujang mereka.

” Untuk menjawab teka-teki dan ramai media yang bertanya tentang perkara ini, jadi ini pertama kali saya umum yang mana tarikh sebenar belum ada, tapi ia mungkin terjadi pada Februari 2020. Insya-Allah ” ujar Aiman, 30, dalam sidang media mengumumkan berita gembira itu,

Majlis pengumuman itu turut dihadiri bapa Zahirah, Zainol MacWilson yang juga pelakon terkenal seperti dilaporkan portal berita Mstar.

Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: sinarharian

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Kalau Saya Halang Mungkin Perkara Tak Elok Berlaku”, Ini Pesanan Khas Bapa Zahirah Kepada Aiman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*