Sekali lagi Agong mencemar Duli keluar kereta. Apa yang dipegang Agong menjadi perhatian rakyat

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila baginda membantu mangsa kemal4ngan yang berlaku di jalan susur pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim di sini sebentar tadi.

Baginda pada waktu itu sedang dalam perjalanan untuk merasmikan Pameran Raja Kita yang berlangsung di Muzium Negara.

Menerusi video itu, baginda sempat bertanya khabar dan berborak dengan pemandu kereta yang terbabit dalam ke3malan4gan berkenaan.

Ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya. Pada Jun lalu, baginda sempat turun dari kenderaan rasminya untuk memberi bantuan kepada ma4ngsa kem4alangan di lorong kiri susur Persiaran Barat/Lebuh Sentosa, di Putrajaya.

Malah, kisah baginda yang beratur untuk membeli hidangan di restoran makanan segera KFC baru-baru ini turut menjadi bualan ramai.

Menerusi satu video yang dimuat naik melalui Instagram Istana Negara, kelihatan Al-Sultan Abdullah dan anakanda banginda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah menuruni kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Video berada di bawah artikel

Menerusi komen netizen, rata-rata memuji tindakan baginda itu yang disifatkan seorang sultan berjiwa rakyat.

“Tangan Tuanku memegang biji tasbih. Allahuakbar,” tulis afiqzambri pula.

“Allahuakbar… alhamdulillah kita dikurniakan Agong yang berjiwa rakyat. Dunia dicari akhirat tetap dikejari,” komenazimah2409 pula.

“Alhamdulilah Malaysia dihadiahkan dengan seorang Agong yang suka dekatkan diri bersama rakyat…,” tulis ymkingsayuti.

Baginda kemudiannya dilaporkan meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita.

Sebelum ini pada 26 Jun lalu Yang di-Pertuan Agong menarik perhatian rakyat apabila banginda membantu mangsa kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra-Kabinet di Putrajaya.

Berikut status penuh dimuat naik oleh IG Istana Negara 

Dalam perjalanan ke Program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi Baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim. Baginda kemudian meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita. Daulat Tuanku

Sebelum ini, YDP Agong pernah ditemuramah oeh wartawan Astro Awani dengan menjawab pelbagai soalan.Berikut peritkan wawancara tersebut yang berjaya mencuti hati penonton

Seronok pula tengok YDP Agong jawab macam2 soalan pelik

https://www.facebook.com/269352170190808/posts/754226931703327/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber Mstar , Istana Negara, awatttsyeikhh

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Sekali lagi Agong mencemar Duli keluar kereta. Apa yang dipegang Agong menjadi perhatian rakyat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*