Nora Anne Berpakaian Dalam Ketika Hilang, Penduduk Pula Dedah Mngsa Mungkin ‘Disorok’ Sesuatu

Penduduk percaya kehilangan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, sejak pagi Ahad lalu mungkin mempunyai kaitan dengan makhluk halus.

Penduduk Kampung Kolam Air, Pantai, Bahari Shaharudin, 52, berkata, ia berdasarkan beberapa kejadian yang berlaku sebelum ini di kawasan penginapan berhampiran kaki Gunung Berembun itu.

Katanya, sebelum ini ada kes kehilangan pendaki di kawasan pergunungan berkenaan yang sukar dikesan.

“ Selepas beberapa hari hilang, mngsa akhirnya ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tetapi mngsa tidak sedarkan diri.

“ Berdasarkan pengalaman, ada mngsa yang hilang sebelum ini menceritakan mereka berada di ‘alam’ lain dan tidak sedar,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Bahari yang juga anak jati kampung berkenaan berkata, dia yakin kemungkinan remaja terbabit turut disorok kerana kini kehilangannya sudah memasuki hari ketiga.

“ Sehingga kini masih belum ada sebarang petunjuk mengenai kehilangan mngsa, walaupun usaha mencarinya turut membabitkan anjing pengesan,” katanya yang bersama beberapa rakan memantau kawasan kaki Gunung Berembun bagi mengesan remaja itu.

Sementara itu, bekas pekerja The Dusun yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, 50, juga mengakui kemungkinan kehilangan mngsa ada kaitan perkara mistik.

“ Aspek disorokkan makhluk halus kemungkinan boleh berlaku. Tapi jika dikaitkan dengan binatang buas ia tidak mungkin kerana saya amat arif kawasan ini.

“ Saya tidak rasa remaja itu sudah keluar dari kawasan itu,” katanya.

Terdahulu remaja perempuan warga Ireland yang hilang sejak 4 Ogos lalu di resort di Pantai, Seremban, dipercayai meninggalkan bilik penginapan dengan hanya memakai pakaian dalam.

Menurut penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 47, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh ahli keluarga mngsa bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Katanya, dia turut terbabit dalam operasi itu sejak hari pertama kehilangan remaja itu.

“ Ahli keluarga memberitahu ketika remaja itu hilang semua pakaian berada di dalam bilik dan dia hanya memakai pakaian dalam.

“ Bagaimanapun, kehilangan remaja itu tidak dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di resort berkenaan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: hmetro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Nora Anne Berpakaian Dalam Ketika Hilang, Penduduk Pula Dedah Mngsa Mungkin ‘Disorok’ Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*