Terpaksa Tidur Lokap, Akhirnya Yassin Buka Mulut Dan Dedah Punca Sebenar Dia Dicekup Polis

Terbaru, bekas anggota kumpulan Senario iaitu Yassin Yahya mengaku dia adalah individu yang ditahan p0lis dalam kejadian pergad0han di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu.

Pelawak senior itu bagaimanapun menafikan terbabit dalam pergad0han berkenaan sebaliknya berada di lokasi bagi membantu seorang lelaki yang mengalami sesak nafas.

“ Waktu itu saya tengah makan di sebuah kedai mamak. Kemudian isteri saya telefon beritahu ada kekec0han berlaku di hotel.

“ Ketika saya sampai, saya lihat seorang lelaki sedang semput terbaring di atas lantai. Kemudian dia minta saya panggilkan teman wanitanya yang ketika itu berada di lobi hotel. Tapi wanita itu tak pedulikan dia.

“ Saya naik semula ke tingkat atas dan dia minta saya memberikan bantuan pernafasan (CPR). Bila keadaan dia sudah stabil, saya balik ke bilik dan bersiap untuk ke majlis rumah terbuka.

“ Ketika saya hendak keluar dari lobi hotel, pihak p0lis sampai dan mereka menahan saya,” katanya kepada mStar.

Yassin ditemui pada majlis sidang media perlawanan bola sepak antara bekas pemain kebangsaan Singapura menentang pasukan Malaysian Artiste Sports Club (MASC) bagi merebut Singapore Malaysia Celebrity Cup yang bakal berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 5 Oktober ini.

Dalam pada itu, Yassin menegaskan berlaku salah faham apabila salah seorang dari susp3k yang ditahan memiliki dad4h bersamanya.

Selain itu, Yassin turut menafikan dia mengenali dua individu yang ditahan bersamanya susulan kes pergad0han itu.

“ Pada asalnya mereka bergad0h berdua sahaja. Tiada kena-mengena dengan saya pun.

“ Cuma saya ditahan kerana terlibat beberapa kes lampau.

“ Sebab itu saya ditahan reman dan tidur di l0kap satu malam sebelum kes itu dibawa ke mhkamah dan saya beritahu saya dianiaya. Alhamdulillah, saya dibebaskan tanpa syarat,” ujarnya.

Yassin sebelum ini ditahan p0lis selepas disyaki terbabit dalam pergad0han di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu.

Dia ditahan bersama dua lagi individu yang kemudiannya diarah menjalani ujian air k3ncing selepas penemuan paket berisi dad4h daripada salah seorang susp3k.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Terpaksa Tidur Lokap, Akhirnya Yassin Buka Mulut Dan Dedah Punca Sebenar Dia Dicekup Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*