Masih Ingat Anjali Kuch Kuch Hota Hai? Ini Penampilan Terkini Beliau, Sangat Hot Dan Cantik

Ingat lagi tak dengna pelakon kanak-kanak yang memeganb watak sebagai Anjali dalam filem Bollywood pecah panggung Kuch-Kuch Hota Hai?

Walaupun filem tersebut diterbitkan pada tahun 1998, namun sehingga kini kalau diulangsiar, masih ramai yang duduk depan kaca televiyen.

Tambah-tambah lagi barisan pelakonnya pula pun bukan calang-calang! Shah Rukh Khan, Rani Mukherjee, Kajol dan Salman Khan. Turut menarik perhatian watak Anjali yang dipegang Sana Saeed.

 

Sana Saeed kini sudah pun berusia 31 tahun dan semakin cantik serta sek$i. Malah, masih aktif dalam bidang lakonan serta popular juga sebagai pengacara di India.

Wanita cantik ini juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perdagangan dan kini menetap di Mumbai, India.

Selain filem Kuch-Kuch Hota Hai, Sania pernah berlakon dalam filem Badal dan Har Dil Jo Pyar Karega dan pernah membawa watak dewasa dalam filem komedi romantic ‘School of The Year’ pada tahun 2012.

Memetik laporan Times of India, Sana memberitahu, bapanya tidak pernah menyokong pembabitannya dalam dunia seni.

Namun, ibunya pula sentiasa berada disisi menyaksikan jatuh bangunnya sebagai anak seni.

Selain berlakon dan mengacara, Sania juga pernah menerima tawaran dan menandatangani kontrak sebagai model peragaan dengan Benchmark Models.

Sedikit info tentang Sanaa

Sanaa telah muncul sebagai artis kanak-kanak dalam filem Kuch Kuch Hota Hai (1998), Badal (2000) dan Har Dil Jo Pyar Karega (2000). Saeed juga terlibat dalam program kanak-kanak terkenal Fox Kids yang dilancarkan di Star Plus di mana dia memainkan peranan sebagai Chatur Chachi.

Dia juga muncul dalam rancangan televisyen seperti Babul Ka Aangann Chootey Na di Sony TV dan Lo Ho Gayi Pooja Iss Ghar Ki di TV SAB.

Sana pernah mendapat tempat keenam dalam rancangan realiti tarian dan dipuji kerana tahap tenaga beliau sewaktu menari.

Pada tahun 2012, Saeed membuat penampilan pertamanya dengan memegang watak sokongan kepada Karan Johar dalam filem Student Of The Year bersama dengan pelakon utama Sidharth Malhotra, Varun Dhawan dan Alia Bhatt.

Dia mula dikenali kerana mencapai kegemilangan sewaktu masih kanak-kanak walaupun peranannya kecil. Pengkritik filem Taran Adarsh ​​dari Bollywood Hungama menulis, “Sana Saaed kelihat sangat popular dan melakukannya dengan baik”. 

Pada Mei 2018, Saeed muncul dalam rancangan talk show Zee TV Juzz Baatt sebagai tetamu bersama Adnan Khan, Arjit Taneja dan Karan Jotwani.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Masih Ingat Anjali Kuch Kuch Hota Hai? Ini Penampilan Terkini Beliau, Sangat Hot Dan Cantik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*