Pernah Dengar Polis Elit Orang Asli, Senoi Praaq? Rupanya Ini Sebab Mereka Yang Dikerah Cari Nora Anne

Proses pencarian remaja perempuan warga Ireland yang hilang yang dikenali sebagai Nora Anne Quoirin, sejak Ahad di resort The Dusun di Nilai, Negeri Sembilan setakat ini kekuatan anggota mencari dan menyelamat remaja itu telah meningkat kepada 168 berbanding 159 anggota, pagi Isnin.

“ Satu unit Senoi Praak turut telah digerakkan dalam SAR ini dan setakat ini belum ada sebarang petunjuk dan tiada sebarang unsur jenayah,” kata Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman

Pernahkah anda dengar tentang Senoi Praaq? Sebenarnya Senoi Praaq adalah unit yang unik dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Senoi membawa makna orang manakala Praaq pula bermaksud perang dalam bahasa Semai.

Unit bantuan terdiri PDRM, 100 peratus daripada suku kaum Orang Asli

Senoi Praaq adalah unit yang unik dalam PDRM dan pemilihan anggota diambil 100 peratus daripada suku kaum Orang Asli dan digelar sebagai Malaysia’s Killer Elite kerana mahir dan berpengalaman dalam selok belok perper4ngan di hutan.

Unit elite Senoi Praq sering kali digerakkan dalam kawasan yang memerlukan kepakaran bagi mengesan jejak selain berbagai operasi lain.

Sejak awal penubuhan unit ini ditubuhkan, ianya diletakan dibawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan pemilihan anggota diambil 100% daripada suku kaum orang asli yang terdiri dari suku Temiar, Semelai, Temuan dan Semai.

Pasukan Senoi Praaq diserapkan kedalam Jabatan KDN/KA Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dikenali sebagai Batalion ke 19 PPH Senoi Praaq. Batalion ke 19 PPH ini berpengkalan di Pengkalan Hulu yang mana dahulu dikenali dengan nama Keroh di Perak.

Oleh kerana unit ini berjaya dalam menjalankan tugas dan perang saraf yang baik dan berkesan dalam memenangi hati dan pemikiran orang asli dikawasan pendalaman maka Batalion kedua ditubuhkan. Batalion ini dikenali sebagai Batalion ke 20 PPH dan berpengkalan di Bidor Perak.

Lambang pasukan elit ini adalah senj4ta yang biasa digunakan oleh orang asli dikawasan pendalaman. Bagi Batalion ke 19 PPH, buluh sumpit digunakan sebagai lambangan batalion manakala Batalion ke 20 PPH menggunakan beliung sebagai lambang Batalion.

Kedua-dua batalion Senoi Praaq ini telah diberikan kawasan operasi yang khas yang dikenali sebagai kawasan OPS BAMBOO yang merangkumi pendalaman Perak dan Kelantan.

Untuk makluman anda, anggota Senoi Praaq ini adalah anggota dari skim tertutup. Ini bermakna mereka hanya boleh bertugas samada di Batalion ke 19, Batalion ke 20 atau menyertai Komando 69 PPH. 

Amat mahir dengan pep3rangan di hutan

Unit ini amat mahir dan berpengalaman dalam selok-belok perperangan di dalam hutan yang mana memang kemahiran mereka orang asli amat pakar kerana dilatih sejak kecil.

Keupayaan mereka dalam mengesan dan menjejak Parti Komunis Malaya (PKM) yang bergiat dihutan amat digeruni oleh mus0h. Banyak Treker di 69 PPH berasal daripada Batalion Senoi Praaq dan antara yang paling kerap disebut adalah SM Apot.

Oleh kerana kebolehan mereka ini digeruni, pernah satu ketika yang mana sekumpulan anggota Senoi Praaq yang sedang bercuti di kampung mereka dikawasan pendalaman telah diculik oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

Ada juga yang berjaya melarikan diri dan kemudiannya meneruskan khidmat dengan unit ini. Namun selebihnya yang tidak berjaya melarikan diri tinggal disana sehinggalah berlakunya peristiwa perletakan senj4ta oleh Parti Komunis Malaya (PKM) sebelum dibenarkan kembali ke kampung halaman mereka.

Sampai CIA pun gelar mereka The Silent KiIIer

Apa yang membanggakan, Senoi Praaq juga digelar sebagai The Silent KiIIer oleh pihak CIA dan mereka pernah digunakan secara rahsia di Laos.

Apabila Amerika Syarikat keluar dari Laos, mereka ini ditinggalkan begitu sahaja (mungkin dengan harapan bahawa rahsia ini akan terkubur di Laos) namun siapa sangka, unit Senoi Praaq berjaya kembali ke Malaysia sambil bertempur dengan elemen-elemen mus0h di sepanjang jalan sewaktu pulang.

Ramai juga yang kecundang dalam perjalanan balik. Peristiwa ini telah dibukukan dan bertajuk “De4th Waits in the Dark: the Senoi Praaq, Malaysia’s KiIIer Elite”.

Taraf elite dan kehebatan kaum asli sebagai Silent KiIIer ini berjaya mendapat perhatian istimewa dari kerajaan khususnya pihak polis yang mana penyertaan dari kaum Senoi yang memohon masuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menjalani latihan asas 9 bulan di PULAPOL.

Mereka dibenarkan terus diserap ke unit Senoi Praaq. Proses pengambilan yang unik berbanding pengambilan unit lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Unit elite Senoi Praq seringkali digerakkan dalam sesuatu kawasan yang memerlukan kepakaran bagi mengesan jejak selain berbagai operasi lain.

Dikatakan juga Senoi Praq lebih suka bergerak dengan berkaki ayam untuk memudahkan pergerakan mereka selain mengelakkan dari dikesan mus0h namun tidak diketahui kesahihannya.

Selain kepakaran dihutan Senoi Praq juga diberi latihan Public Order Reserve Unit (PORU). Public Order Reserve Unit (PORU) mempunyai arahan yang lebih khusus dan terperinci dimana mereka dibenarkan menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan ancaman yang bersifat lebih kritikal.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: orangperak.com

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Pernah Dengar Polis Elit Orang Asli, Senoi Praaq? Rupanya Ini Sebab Mereka Yang Dikerah Cari Nora Anne"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*