Selepas 72 jam berlalu, Ini Nasib yg Menimpa Nora Anne

NILAI: Setelah 72 jam berlalu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Ahad lepas, pasukan peny3elamat masih belum menemui Nora Anne Quoirin, 15, remaja perempuan warga Ireland yang hilang.

Skop pencarian dan operasi yang memasuki hari keempat hari ini, diperhebat dan diperluaskan meliputi kawasan bukit dan anak sungai berdekatan dan tidak hanya terhad di kawasan sekitar resort penginapannya seluas empat hektar itu.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Salehhudin Abd Rahman ketika ditemui Bernama menjelaskan bahawa usaha mencari remaja perempuan warga Ireland itu bukanlah tugas yang mudah.

Katanya, untuk segera menemui gadis berkenaan, operasi yang bersambung hari ini bukan sahaja hanya dijalankan pasukan penyelamat negara, bahkan ia turut dibantu oleh penduduk tempatan termasuk Orang Asli yang menawarkan diri.

“Ada lagi pelbagai pihak lain yang sudi memberi kerjasama yang baik kepada kita,” katanya di sini.

Sehingga semalam, kekuatan pasukan penyelamat bagi misi pencarian berkenaan adalah seramai 178 anggota, dan menurut Salehudin ianya mencukupi buat ketika ini dan tidak menolak kemungkinan akan menambah jumlah kekuatan sekiranya diperlukan.

“Bagaimanapun, kita tengok sehari dua lagi bagaimana,” katanya.

Agensi keselamatan yang terlibat dalam SAR antaranya polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih, PGA Batalion 3 unit Senoi Praaq, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Perhutanan negeri, petugas Sapura serta penduduk tempatan, termasuk Orang Asli.

Dalam pada itu, beliau menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kehilangan remaja berkenaan yang menurutnya boleh menimbulkan kegelisahan dalam kalangan anggota keluarga dan masyarakat.

Dalam operasi pencarian malam tadi yang berjalan dalam keadaan cuaca baik, tiada perkembangan terbaharu mengenai remaja berkenaan diperoleh setakat ini.

Tinjauan Bernama juga turut mendapati laluan masuk menghala ke resort The Dusun Pantai Hill, di sini dikawal ketat oleh anggota keselamatan dan petugas media juga tidak dibenarkan berada di kawasan itu memandangkan keadaannya yang gelap, selain berba@haya.

Gadis Ireland yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama ibu bapanya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang, Ahad lepas.

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di sini oleh keluarganya pada pukul 8 pagi. 

Nora Anne Berpakaian Dalam Ketika Hilang, Penduduk Pula Dedah Mngsa Mungkin ‘Disorok’

Penduduk percaya kehilangan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, sejak pagi Ahad lalu mungkin mempunyai kaitan dengan makhluk halus.

Penduduk Kampung Kolam Air, Pantai, Bahari Shaharudin, 52, berkata, ia berdasarkan beberapa kejadian yang berlaku sebelum ini di kawasan penginapan berhampiran kaki Gunung Berembun itu.

Katanya, sebelum ini ada kes kehilangan pendaki di kawasan pergunungan berkenaan yang sukar dikesan.

“ Selepas beberapa hari hilang, mngsa akhirnya ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tetapi mngsa tidak sedarkan diri.

“ Berdasarkan pengalaman, ada mngsa yang hilang sebelum ini menceritakan mereka berada di ‘alam’ lain dan tidak sedar,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Bahari yang juga anak jati kampung berkenaan berkata, dia yakin kemungkinan remaja terbabit turut disorok kerana kini kehilangannya sudah memasuki hari ketiga.

“ Sehingga kini masih belum ada sebarang petunjuk mengenai kehilangan mngsa, walaupun usaha mencarinya turut membabitkan anjing pengesan,” katanya yang bersama beberapa rakan memantau kawasan kaki Gunung Berembun bagi mengesan remaja itu.

Sementara itu, bekas pekerja The Dusun yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, 50, juga mengakui kemungkinan kehilangan mngsa ada kaitan perkara mistik.

“ Aspek disorokkan makhluk halus kemungkinan boleh berlaku. Tapi jika dikaitkan dengan binatang buas ia tidak mungkin kerana saya amat arif kawasan ini.

“ Saya tidak rasa remaja itu sudah keluar dari kawasan itu,” katanya.

Terdahulu remaja perempuan warga Ireland yang hilang sejak 4 Ogos lalu di resort di Pantai, Seremban, dipercayai meninggalkan bilik penginapan dengan hanya memakai pakaian dalam.

Menurut penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 47, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh ahli keluarga mngsa bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Katanya, dia turut terbabit dalam operasi itu sejak hari pertama kehilangan remaja itu.

“ Ahli keluarga memberitahu ketika remaja itu hilang semua pakaian berada di dalam bilik dan dia hanya memakai pakaian dalam.

“ Bagaimanapun, kehilangan remaja itu tidak dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di resort berkenaan,” katanya ketika ditemui hari ini.

p/s: Semoga Nora Anne segera dijumpai dan tidak terjadi seperti kes kehilangan Acap yang tular sebelum ini 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: hmetro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Selepas 72 jam berlalu, Ini Nasib yg Menimpa Nora Anne"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*