“Saya Tahu Ramai Yang Marah Tapi…” – Syafie Naswip Mula bersuara mengenai Watak Kontrov3rsi

Pelakon Syafie Naswip memohon agar orang ramai tidak membuat penilaian terlebih dahulu sebelum menonton telefilem kontroversi, Demi Tuhan Aku Bersaksi.

Syafie membuat kenyataan itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Menurut Syafie, watak Hamid yang digalasnya benar-benar mencabar kewibawaan dirinya sebagai pelakon.

“Sebenarnya watak ini sangat mencabar kewibawaan saya sebagai seorang pelakon, but I’m glad dengan support daripada semua aktor/tenaga kerja especially my director Kak Eyra Rahman.

“I’m not sure samada saya benar-benar menepati kehendak watak itu atau tidak, tapi saya cuba menempatkan dan meletakkan emosi dan rasa itu di titik tengah.

“Saya tahu ramai yang marah akan kehendak cerita seperti ini ditayangkan di TV, tetapi berilah ruang pada HAMID untuk meluahkan apa yang dia rasa sejak dulu.

“Setiap insan ingin kembali ke fasa lebih baik #demituhanakubersaksi dan ini cerita HAMID, dengarkan dan fahamilah. Coming Soon (Date Belum Tahu) di RTM,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga turut memberikan semangat dan sokongan kepada Syafie.

“Awak tu bagi watak apa pun menjadi!” komen @missnadiaaqilah

“@syafienaswip please tolong bukak kelas lakonan!!! Saya nak serap segala ilmu lakonan kau Ayie #goodjobro,” coret @akhmalnazri

“Goosebumps tengok this! Such powerful acting!” tulis @anis_nabilah

Terdahulu, watak Hamid dalam telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi lakonan Syafie Naswip telah mencetuskan ko0ntroversi selepas menjadi tular di media sosial.

Drama berkenaan didakwa memburukkan imej sekolah tahfiz serta mempromosikan budaya homo­se3ksual.

Biodata

1. Nama lengkapnya, Mohammad Syafie bin Naswip.

2. Lahir pada 2 Ogos 1992 di Kuala Lumpur, Malaysia.

3. Kini berusia 27 tahun.

4. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Gombak Setia, Selangor.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007 sebagai aktor.

6. Dikenali dengan sifat yang suka merendah diri dan sentiasa akur dengan kemampuan yang ada.

7. Selektif dalam pemilihan filem kerana hanya inginkan karya yang berkualiti agar tidak terlihat stereotaip di mata penonton.

8. Pendapatan yang diperoleh hasil kerja lakonannya dimanfaatkan untuk simpanan masa hadapan, manakala separuh lagi dihulurkan buat kedua ibu bapa. Syafie menyifatkan dirinya sudah sebati dengan kehidupan dalam serba daif.

9. Mengikat tali pertunangan dengan pelakon Aishah Azman pada 7 April 2019 di Forest Valley Hall, Bandar Mahkota Cheras selepas berhubungan cinta sejak 2018.

10. Pembabitannya sebagai anak seni bermula apabila terpilih dalam ujibakat oleh sutradara Yasmin Ahmad meskipun kehadiran asalnya hanya untuk menemani adik saudara yang juga calon ujibakat di situ.

11. Namanya melonjak naik menerusi watak dalam filem Mukhsin arahan Yasmin hingga membawanya menyertai rombongan filem tersebut ke Festival Filem Antarabangsa Tokyo, Jepun pada 2006.

12. Kem@atian Yasmin yang sudah dianggapnya sebagai ‘mak’ meninggalkan impak yang cukup besar hingga beliau nyaris bersara daripada dunia hiburan.

13. Antara filem yang pernah dibintanginya seperti Mukhsin, Talentime, Nur Kasih The Movie, Songlap, Juvana, Kampung Drift dan Polis Evo 2.

14. Kemunculan di kaca televisyen antaranya menerusi drama Keliwon: Hantu Kopek, Ampunkan Dosaku, Oh My English Musim 2, Seludup, Sayap Jibril, Legasi 69 Komando dan Kamar Kamariah.

15. Juga telefilem Impian, Kasih Tak Terucap, Dunia Batinku, Anak Lorong, Oh My Ganu, Bujang Terlajak Senang, Kung Fu Kaw, 3 Qul, Sirna dan banyak lagi.

16. Memegang peranan sebagai hos program Aroma Masak pada 2018.

17. Diiktiraf sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20, Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin ke-11, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2011, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin ke-16 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25.

sumber: mstar, iluminasi.com, hmetro, Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Saya Tahu Ramai Yang Marah Tapi…” – Syafie Naswip Mula bersuara mengenai Watak Kontrov3rsi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*