“Saya Tak Mampu, Tolong Yer Kak”, Gadis Ini Lakukan Tindakan Nekad Selepas Tinggal Nota

Sebak bila mengenangkan saban hari kita mendengar berita bayi ditinggalkan di masjid, didepan rumah orang, di tempat pembuangan sampah dah pelbagai tempat lagi.

Meskipun ditinggalkan dengan baik dan bayi masih dalam keadaan bernyawa, namun dosa perbuatan tersebut tetap sama.

Hal demikian terjadi apabila seorang bayi ditinggalkan besama sekeping nota di rumah teres di Perumahan Pandan Damai, Kuantan, hari ini.

“ Assalamualaikum, kak tolong jaga anak ini. Saya tidak mampu tolong ye kak.”

Itu nota ringkas ditinggalkan bersama bayi perempuan yang masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan yang ditemui di rumah teres tersebut.

Dalam kejadian 6.15 pagi itu, bayi dibalut dengan kain batik ditemui kerani lelaki, 30, yang ketika itu hendak menghantar anaknya ke sekolah.

Ketua P0lis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, berdasarkan keterangan lelaki terbabit dia melihat bungkusan kain batik ditinggalkan di hadapan pintu pagar rumahnya sebelum ambil keputusan untuk memeriksanya

“ Ketika pemeriksaan dibuat dia melihat bayi perempuan yang masih bertali pusat dengan sekeping nota ditinggalkan bersamanya.

“ Dia kemudian datang ke Balai P0lis Jaya Gading untuk buat lap0ran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohamad Noor berkata, kejadian turut dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, bayi berkenaan kini dirawat di H0spital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan pemeriksaan awal mendapati dia sihat dan tidak mengalami sebarang keced3raan.

“ Kita sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai p0lis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, ke$ disias4t mengikut Sek$yen 317 K4nun Kesek$aan kerana menyembunyikan kelahiran.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: hmetro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Saya Tak Mampu, Tolong Yer Kak”, Gadis Ini Lakukan Tindakan Nekad Selepas Tinggal Nota"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*