Asal Cermin Gelap, Terus Fikir Mahu Buat Benda Tak Senonoh. Gadis Kesal Niat Tunang Disalah Erti

” Tak sangka zaman sekarang masih ada lagi pemikiran seperti itu,” luah seorang gadis merujuk cermin gelap atau ‘tinted’ cermin keretanya.

Menurut Najwa, 24, sikap sesetengah pengguna media sosial amat menjengkelkan terutama apabila memberi komen-komen negatif atau menulis sesuatu yang tidak sepatutnya ditulis.

Ia berlaku selepas gadis kelahiran Klang ini memuat naik rakaman video keretanya yang akhirnya dipasang cermin gelap selepas lima tahun menggunakannya.

” Nak jadikan cerita, saya tinggalkan kereta itu kepada tunang saya, Fajol, selama dua hari memandangkan saya ke Johor Bahru menghadiri Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Palapes adik yang diadakan minggu lepas.

” Selain minta tolong dia hantar saya ke lapangan terbang, saya fikir ada jugalah orang boleh jaga kereta tu.

Najwa memuat naik status menunjukkan keterujaan terhadap keretanya yang berwajah ‘baharu’.

” Tetapi apa yang berlaku selepas dua hari tinggalkan kereta itu kepada Fajol memang mengejutkan saya,” katanya kepada mStar.

Jelas Najwa, sepanjang lima tahun menggunakannya, dia tidak pernah membuat sebarang pengubahsuaian terhadap keretanya itu.

” Saya memang teruja sebaik sahaja melihat kereta itu berubah wajah. Bagi saya macam kereta baharu. Jadi saya rakam dan kongsi di media sosial… berkongsi kegembiraan sebab sangat ‘excited’.

” Tetapi apa yang mengejutkan saya, timbul pula komen-komen berunsur luc4h yang sangat mem4lukan.

” Mereka ini tidak ada benda lain ke nak fikir? Asal cermin gelap, terus fikiran melayang untuk buat perkara tak senonoh,” katanya dengan nada kesal.

Pada mulanya, dia cuba menjawab komen-komen tersebut tetapi selepas itu mengambil jalan mudah untuk berdiam diri sahaja.

” Cuma saya bersyukur ramai pengguna Twitter wanita yang lebih positif dan menyokong saya,” katanya.

Menurut Najwa, tujuan tunangnya itu memasang cermin gelap pada tingkap keretanya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk keselamatan dirinya.

“Dia tahu saya sentiasa berulang alik dari tempat kerja seorang diri dan risau.

Sebahagian komen yang ditinggalkan netizen pada posting Najwa.

” Dia bukan suka-suka untuk tinted cermin kereta ini,” jelasnya.

Dalam masa sama, Najwa meminta pengguna media sosial yang lain supaya lebih berfikiran positif dan rasional dalam setiap komen yang ditulis.

” Saya faham sukar untuk menghalang pengguna media sosial daripada menulis komen-komen negatif.

” Tetapi bagi saya cara penyampaian setiap komen itu menggambarkan tahap pemikiran seseorang itu,” ujarnya yang bakal mendirikan rumah tangga Mac depan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Asal Cermin Gelap, Terus Fikir Mahu Buat Benda Tak Senonoh. Gadis Kesal Niat Tunang Disalah Erti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*