Selepas Mengaku Mereka Adalah Anak Yatim, Si Peniaga Terus Cakap “Mari Sini Saya Nak Bagi Cincin Free”

Tidak semua orang sentiasa bernasib baik sepanjang hidupnya. Ada juga masanya misalnya merasa kehilangan orang tersayang atau hanya mampu melihat kerana apa yang dihajati tidak mampu dimiliki.

Demikian juga apa yang yang terjadi kepada sekumpulan anak yatim ini seperti yang dikongsikan oleh Natipah Abu. Kanak-kanak ini terpesona dengan deretan cincin yang dijual oleh seorang lelaki namun tidak mampu untuk membelinya.

Bagaimanapun kanak-kanak itu beruntung kerana dipertemukan dengan penjual cincin yang berhati mulia yang tak lokek untuk menggembirakan hati mereka. Untuk kisah lebih lanjut, kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda dibawah.

Sewaktu melintasi gerai yang menjual cincin ini, mata mereka masing-masing menjeling dan mencuri pandang pada gemerlapan cincin yang tersusun kemas di dalam kotak.

Kelihatan beberapa orang anak mematikan langkah, berdiri di situ sambil mata menjamah keindahan cincin yang dipamerkan.

” Dari sekolah mana kamu?” tanya pemilik kedai sambil matanya beralih pada sekumpulan anak-anak yang lain.

” Kami dari rumah anak yatim,” jawab salah seorang anak dengan suara yang perlahan. Terasa benar kekurangan diri saat soalan tentang dari mana itu diutarakan.

” Panggillah semua kawan-kawanmu ke mari. Saya ingin hadiahkan cincin sebagai tanda kenangan”.

Mereka berpandangan sesama sendiri, lalu pandangan tertancap pada wajah pemilik kedai . Seakan tidak percaya dengan apa yang menerjah gegendang. Pemilik kedai menganguk seraya tersenyum manis.

Lalu dalam sekelip mata semuanya beratur panjang. Pemilik kedai pun menyarungkan cincin yang indah begemerlapan itu ke jari mereka. Seorang demi seorang mengikut saiz yang sepadan dan sesuai.

Masing-masing tersenyum gembira. Mengangkat tangan dan menayang-nayang di mata sendiri, puas hati bilamana cincin yang indah itu melingkar kemas di jari.

Lalu tangan si pemilik kedai disalami dan dikucup seikhlas hati, tanda menghargai hadiah yang diberikan. Di mana pun dia dan biar siapa pun dia, semoga Allah S.W.T memberkati dia kerana telah menyantuni 36 orang kekasih Rasullullah S.A.W ini.

Gambar di atas adalah sekadar hiasan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: siakapkeli

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Selepas Mengaku Mereka Adalah Anak Yatim, Si Peniaga Terus Cakap “Mari Sini Saya Nak Bagi Cincin Free”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*