Tun M Pandu Proton Persona Bawa Presiden Jokowi. Tak Sangka Ini Reaksi Jokowi Ketika Dalam Kereta

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi membawa Joko Widodo menaiki kereta Proton sempena lawatan rasmi dua hari Presiden Indonesia itu ke negara ini.

Dr Mahathir membawa Jokowi menaiki Proton Persona berwarna merah ke kediaman rasminya di Seri Perdana bagi majlis jamuan makan tengah hari usai pertemuan rasmi mereka di Perdana Putra pada sebelah pagi.

Selepas majlis jamuan makan tengah hari, kedua-dua pemimpin kemudian sekali lagi menaiki kereta yang sama yang dipandu Dr Mahathir menuju ke Masjid Putra di sini bagi menunaikan solat Jumaat.

Dapat dilihat bagaimana tenang Dr Mahathir memandu kereta pada ketika usia sudah menjangkau 93 tahun. Dan reaksi yang ditunjukkan Jokowi juga menarik perhatian ramai apabila dia dilihat beberapa kali tersenyum lebar berada di kerusi penumpang.

Sewaktu lawatan rasmi Jokowi ke Malaysia pada 2015, Dr Mahathir telah melakukan perkara sama namun dengan cara yang lebih ekstrem apabila beliau membawa rakannya itu menguji Proton Iriz pada kelajuan 180km sejam di litar uji Proton di Shah Alam, Selangor.

Menjadi persoalan, adakah aspirasi dan iltizam kedua-dua pemimpin itu sebelum ini yang mengharapkan wujudnya kereta ASEAN bakal menjadi realiti? Sama-sama kita nantikan.

Sementara itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau mesra dipanggil Jokowi ketawa besar tatkala mengimbas kembali kenangan menaiki Proton Iriz yang dipandu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2015.

Perdana Menteri yang menceritakan semula detik itu berkata beliau khuatir membawa seseorang yang bergelar presiden di litar uji dengan kelajuan 180 kilometer sejam.

” Kita (Mahathir dan Jokowi) juga telah bincang berkenaan dengan lawatan ‘bapa presiden’ (Jokowi) pada 2015. Saya rasa takut apabila memandu beliau dalam kereta itu.

” Pada masa itu, saya bukan perdana menteri. Saya hanya menjadi pemandu uji untuk Proton sahaja dan kita menggunakan litar uji.

” Seperti mana kita tahu, litar uji bukan semuanya mendatar, tetapi ia sedikit condong tetapi ‘bapa presiden’ (Jokowi) tidak mengadu apa-apa. Alhamdulillah,” katanya dalam kenyataan media bersama di Istana Presiden di Bogor, di sini hari ini.

Jokowi yang tidak dapat menahan rasa lucu itu dilihat ketawa besar tatkala Dr Mahathir berkongsi kisah itu.

Semasa lawatan Jokowi ke Malaysia pada 2015, beliau telah melawat kilang Proton di Shah Alam selain menyaksikan teknologi serta kajian dan pembangunan (R&D) yang dilakukan Proton.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: malaysiakini dan astroawani

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tun M Pandu Proton Persona Bawa Presiden Jokowi. Tak Sangka Ini Reaksi Jokowi Ketika Dalam Kereta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*