Disangka Anak Angkat Terbarunya, Abby Abadi Jelaskan Status Sebenar Baby K

Pelakon Abby Abadi mencetuskan teka-teki apabila memuat naik beberapa keping foto bersama seorang bayi lelaki yang diberi nama Baby K.

Mendedahkan dia kini sedang hamil empat bulan, kata pelakon drama bersiri Gerak Khas itu lagi dia sudah berjaya mendapatkan dokumen sah untuk menjaga bayi comel itu sebelum diserahkan kepada ibu dan bapa angkat sebenar.

“Selesai satu lagi urusan baby hari ini. Saya gelarkan Baby K sahajalah. Bayi yang saya dan suami jaga semalam, bukan bayi saya tau.

“Saya mengandung baru empat bulan lebih, kalau betul boleh bersalin awal, saya nak. Tapi tak mungkin. Maaf kalau tersalah faham.

“Baby K iras sangat dengan ibu dan ayah angkat dia. Hidung masing-masing sepaten saja. Comel!

“Surat beranak, MyKid, Pesuruhjaya Sumpah selesai. Syukur. Semoga mak dan ayah angkat Baby K dapat menjaga amanah Allah ini sebaik-baiknya.

“Selamat berjaga malam nanti. Baby K nak tidur kat ketiak tau, letak tempat lain dia menangis,” tulis Abby menerusi sebuah entri di Instagram.

Kelmarin, Abby mencetuskan spekulasi bahawa dia kini sudah bersalin apabila memuat naik sekeping foto mendukung seorang bayi lelaki.

“Alhamdulillah bersalin awal kita. Baby boy. Seronok Dayana asyik nak peluk cium je,” tulisnya kelmarin.

Status itu dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat hingga ada yang meragui status sebenar Abby.

Namun, ada juga yang mengandaikan bayi yang dijaga oleh Abby itu merupakan anak angkat ketiganya selepas Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia.

Terdahulu, hasil perkahwinan bersama pelakon Norman Hakim, Abby dianugerahkan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.

Sebelum ini Misteri Kehilangan Pengasuh Abby Abadi Terjawab

usulan daripada kej4dian pengasuh Abby Abadi yang hilang tanpa khabar berita sejak semalam, bekas anggota Elita ini akhirnya memaklumkan pengasuhnya kini sudah ditemui.

Malah, Abby turut mengesahkan berita kem4langan yang diterima adalah sahih.

 

Bagaimanapun, keadaannya tidak ser1us sehingga memerlukan imb4san X-ray.

Malah, Abby turut menjelaskan telefon bimbit kepunyaan pengasuh yang dikenali sebagai Azieah turut hilang.

 

Azieah ohhhhhh Azieah. Ye betul Azieah accident, tak tahu la kelmarin ke semalam, cuma taklah t3ruk sampai kena xtray bagai.

“Dia masih di kampungnya, nk berehat dulu katanya.

“Hp dia hilang, jadi maknanya org lain yg balas msg sy semalam,” tulis Abby dan menyertakan bersama foto Azieah.

 

Foto tersebut turut merakamkan beberapa bahagian badan Azieah meng4lami luk4 kecil.

Mendapat pelbagai komen netizen sebelum ini, bintang Gerak Khas itu memohon agar semua pihak berhenti membuat sp3kulasi.

Sebaiknya, mendoakan agar pengasuhnya segera sembuh.

Dia kata dia malu baca komen org tulis mcm2 pasal dia. Dia bukan mcm tu. Jadi korang baik minta maaf. D0sa bersangka2 tau.

“Kiranya selesai k3s ini ye. Minta berhenti bersp3kul4si. Doakan Azieah cepat sembuh dan baik2 saja ye.

“Ps: Fi Hifzillah Azieah,” maklumnya menerusi Instagram.

Alhamdulillah, Syukur semuanya selamat.Tiada apa-apa yang s3rius terjadi. Semoga urusan Abby dan pengasuhnya dipermdahkan

Foto : Instagram Abby Abadi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Media Hiburan

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Disangka Anak Angkat Terbarunya, Abby Abadi Jelaskan Status Sebenar Baby K"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*