“Sekali Dia Tunjuk, Tercampak Semua” – Harga Jam Mewah Tokti Curi Tumpuan

Menjadi penyanyi nombor satu negara pastinya bukan mudah buat Datuk Seri Siti Nuhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti.

Semuanya tindak tanduk, percakapan serta pemakaian pastinya menjadi perhatian ramai khususnya peminat setianya.

Terbaru, jam tangan yang disarungkan Tokti telah menjadi perbualan ramai.

Menerusi satu posting di Twitter oleh @Ikhawan, dia berkongsi harga jam tangan tersebut yang dipercayai dari jenama Richard Mille.

“Jarang sangatlah Siti Nurhaliza ni tunjuk kekayaan dia tapi sekali dia tunjuk, tercampak semua stroller ribu ringgit, beg puluh puluh ribu ke.

“Jam tangan dia tak silap Richard Mille RM07. Ada diamonds, harga lebih kurang USD 100-150k,” katanya.

Posting tersebut sehingga kini telah menerima hampir 31,000 retweet dan 3,000 likes.

Berdasarkan pemantauan Gempak, harga jam bertatahkan belian tersebut dianggarkan sekitar RM400,000 hingga RM600,000.
Sementara itu, rata-rata warganet turut sama mengagumi harga jam tangan mustika hati rakyat Malaysia itu.

Tidak kurang juga yang turut mencari harga basikal serta kasut digunakan pakai penyanyi itu menerusi posting Tokti di Instagramnya sebelum ini. Semua mencecah ribuan ringgit!

Anda boleh lihat pelbagai reaksi warganet di bawah:

 

Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Siti Nurhaliza

Nama penuh: Siti Nurhaliza binti Tarudin

Nama popular: Siti Nurhaliza

Tarikh lahir: 11 Januari 1979

Umur: 40 tahun

Kelahiran: Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, hos, usahawan, pelakon dan jurucakap produk

Media sosial: Instagram @ctdk

Fakta Menarik
1. Anak keempat daripada tujuh beradik. Tiga adik-beradiknya yang lain iaitu Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Nursairah juga merupakan penyanyi.

2. Bapanya, Tarudin Ismail (1942–2009) seorang pegawai polis berpangkat Koperal, manakala ibunya, Siti Salmah Bachik yang lahir pada tahun 1948 merupakan suri rumah dan peniaga.

3. Datuknya, Bachik Abdul Rahman pernah bergelar pemain biola. Sepupunya, Rafidah Ibrahim merupakan pelakon dan penyanyi.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1995.

5. Langkahnya dalam dunia seni bermula sejak menjuarai pertandingan nyanyian Bintang HMI siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995.

6. Popularitinya memuncak selepas single sulung beliau, Jerat Percintaan merangkul trofi Anugerah Juara Lagu ke-11, selain kategori Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik.

7. Berkebolehan membawa pelbagai genre muzik seperti Irama Malaysia, Etnik Kreatif, Pop Soft Rock, Pop Rock, R&B, Nasyid, Balada dan Dance-Pop.

8. Antara lagu popularnya seperti Aku Cinta Padamu, Cindai, Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Balqis, Percayalah, Nirmala, Bukan Cinta Biasa, Lagu Rindu, Biarlah Rahsia, Anta Permana dan banyak lagi.

9. Sehingga tahun 2005, album sulungnya telah laris sebanyak 800, 000 unit hanya untuk pasaran Malaysia sahaja.

10. Telah mengumpul hampir 300 trofi anugerah dari dalam dan luar negara.

11. Mencipta 2 rekod dalam Malaysia Book of Records.

12. Keseluruhannya telah menerbitkan 16 buah album studio, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album kompilasi dan 250 lagu dan single.

13. Artis pertama Asia Tenggara dan ketiga dari Asia yang mengadakan konsert solo bertempat di Royal Albert Hall, London, dengan iringan Orkestra Simfoni London pada tahun 2005.

14. Menempa kejayaan besar di rantau Asia hingga mendapat jolokan nama “Suara Asia” dan “Celine Dion Asia”. Antaranya pernah menduduki tangga kedua sebagai Asia’s Best Musical Artiste daripada MTV Asia dan kedudukan kedua Biggest Asian Artiste oleh Channel V. Menjadi antara nama ‘Asia’s Idol’ oleh Asia News Network (ANN) dan menerima penghargaan sebagai Asian Music Legend daripada Top 10 of Asia.

15. Sebagai usahawan, beliau memiliki aset-aset seperti Siti Nurhaliza Productions (media massa), SimplySiti (kosmetik) dan Creacion (fesyen).

16. Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.

sumber: astrogempak, https://iluminasi.com

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Sekali Dia Tunjuk, Tercampak Semua” – Harga Jam Mewah Tokti Curi Tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*