Muncul kali pertama bersemuka dgn anggota pasukan SAR, Ibu Nora Anne mula buka mulut

SEREMBAN: Ibu kepada remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang di sebuah resort di Pantai, di sini, sejak Ahad lalu akhirnya membuka mulut dan memberi ucapan secara bersemuka kepada anggota pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pagi ini.

Ibu kepada tiga anak itu, Maebh Jaseprine Quoirin, tampil bersama suaminya, Sebastian Marie Philipe, untuk berjumpa dengan anggota bagi mengucapkan penghargaan kepada anggota yang bertugas.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua, kami sedar anda melakukan pencarian siang dan malam untuk mengesan Nora Anne.

“Kami tahu anda berusaha gigih, dan sanggup mengorbankan masa terutama perayaan (Aidiladha esok) untuk bersama kami serta mendoakan kami.

“Kami sangat menghargai usaha dan pengorbanan anda semua sama ada anggota yang berada di sini atau tidak (yang sedang melakukan operasi),” katanya menerusi rakaman video selama seminit, di sini, sebentar tadi.

Ucapan pada pertemuan secara tertutup di perkarangan resort itu dirakam dan dikongsikan oleh pihak polis kepada petugas media di lokasi.

Difahamkan, ini adalah kali pertama Maebh membuat penampilan sejak Nora Anne dilaporkan hilang, bertujuan mengucapkan penghargaan sempena sambutan perayaan Aidiladha esok.

Mengulas lanjut, Maebh turut meluahkan rasa kagum dengan usaha dan kepakaran yang ditonjolkan pasukan SAR dalam usaha menge3san anak sulungnya itu.

“Kami sangat kagum dengan usaha dan kepakaran serta dedikasi anda. Kami berharap pasukan SAR dapat menemui Nora,” katanya.

Fasha Sandha doakan keselamatan Nora Anne

SEREMBAN: Misteri kehilangan Nora Anne Quoirin, 15, sejak Ahad lalu di sebuah resort di Pantai, turut menarik perhatian selebriti tanah air, Fasha Sandha, apabila aktres itu menggesa orang ramai membantu mencari remaja Ireland itu.

Aktres berusia 35 tahun itu dilihat memuat naik gambar Nora Anne menerusi akaun Instgramnya selain meminta orang ramai membantu pihak berkuasa mengesan m@ngsa.

“Sesiapa yang berada di Seremban dan berjumpa dengan Nora (Anne) mohon hulurkan bantuan.

“Tolong! Semoga Nora dapat ditemui dalam keadaan selamat,” katanya menerusi petikan yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya.

Gambar yang dimuat naik pada akaun rasminya itu turut menerima maklum balas positif netizen yang turut mendoakan keselamatan Nora Anne.

Fasha berkata sebagai seorang ibu, beliau turut tersentuh hati dengan rayuan ibu m@ngsa, Meabh Jaseprine Quoirin, yang berharap supaya anaknya pulang ke pangkuan keluarga.

“Saya merasai laporan (media berhubung kes ini) kerana saya juga seorang ibu,” kata ibu kepada dua anak itu.

Nora Anne, yang mengalami masalah lembam, sebelum ini dilaporkan hilang ketika menginap di sebuah resort di Pantai di sini Ahad lalu sebelum pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan berkenaan.

https://www.facebook.com/269352170190808/posts/757429621383058/

“Sebelum ini pernah berlaku kes orang hilang di Gunung Berembun yang terletak berhampiran resort itu tetapi biasanya sehari dah jumpa berbeza kes kali ini yang sudah lima hari hilang.”- Penduduk

sumber: bharian 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Muncul kali pertama bersemuka dgn anggota pasukan SAR, Ibu Nora Anne mula buka mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*