“Rujvk Semula, Cuba Baiki Kesilapan..” – Semoga Allah Memakbulkan Doa Mereka Ini

Menitipkan doa buat anak tunggalnya, Wan Maryam, Fizo Omar berkongsi detik-detik berharga dua beranak ini meluangkan masa.

Merakamkan keletah Maryam saat mengenalpasti anggota bahagian wajah, pelakon ini memohon agar anaknya membesar menjadi gadis solehah.

Walaupun tidak lagi bersama sebagai keluarga sempurna, namun luahnya, kasih sayang yang diberikan daripada dia dan bekas isteri, Mawar tidak pernah berkurangan.

“Ya Allah Ya Tuhanku…

“Jadikan anakku Wan Maryam Wan Hafizol sbgai seorang anak yg solehah, taat kpd ibu dan bapanya.

“Anak yg bijak, yg suka bersedekah, dan berbakti kepada agama dan masyarakat.Semoga dgn dugaan dari Allah buat daddy n mummy memberi hikmah kpd anak ini membesar dgn penuh kasih sayang dan didikan yg akan membawa daddy n mummy ke syurga Firdaus.

“Kasih syg dari daddy n mummy buat Cik Yam tidak akan berkurang malah akan bertambah lagi.Insyallah semoga hubungan silaturrahim daddy n mummy akan terus berkekalan sampai bila-bila.

“Semoga Allah makbulkan doa kami…Ameen YRA,” luahnya.

Netizen turut mendoakan kebahagiaan keluarga ini dan mengharap agar ada sinar untuk kedua-duanya bersatu kembali sebagai suami isteri.

Fizo dan Mawar bercer4i pada 10 Julai lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Fizo Omar tunai haji, tiba di Jeddah semalam

PELAKON dan usahawan, Fizo Omar tiba di Jeddah semalam untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

Foto Fizo mengenakan ihram di Lapangan Terbang King Abdulaziz, Jeddah dimuat naik oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Ketua Bahagian UMNO Temerloh, Mohd Sharkar Shamsudin di laman sosial Instagramnya, semalam.

Menerusi entri tersebut, Mohd Sharkar memberitahu beliau menaiki penerbangan yang sama dengan Fizo dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, Fizo sebelum ini ada memaklumkan akan berangkat menunaikan haji kepada bapa penyampai berita sebuah stesen televisyen, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan.

Perkara tersebut dimaklumkan Fizo kepada bapa Hawa, iaitu Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman kerana mahu memohon maaf mengenai buah mulut orang tentangnya dan penyampai berita persis Neelofa itu.

Tambahan lagi Fizo dan Dr Ahmad Redzuan memang mempunyai hubungan yang sangat baik dan sudah saling mengenali sejak sekian lama.

Selain Fizo, beberapa selebriti Malaysia turut berkesempatan melaksanakan rukun Islam kelima tersebut, iaitu, Neelofa, Erra Fazira, Aris Ariwatan, Wany Hasrita, Amira Othman dan Asyraf Muslim.

Foto : Instagram Fizo Omar

Sumber : Media Hiburan

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Rujvk Semula, Cuba Baiki Kesilapan..” – Semoga Allah Memakbulkan Doa Mereka Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*