Selepas suspek samun, curi motosikal ditahan Ini barang yg dijumpai polis

DAMANSARA – Seorang daripada dua suspek yang cuba meny@amun dan melarikan motosikal milik seorang penghantar makanan dalam kejadian petang Jumaat lalu dibe3rkas polis semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sebuah rumah di Jalan Kuang Bertam 9, Taman Kepong, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.45 pagi.

Menurutnya, suspek berusia 33 tahun yang mempunyai tiga rekod j3enayah lampau itu adalah pemilik kepada telefon yang tercicir di lokasi ketika kejadian berlaku.

Barang Yang ditemui

“Polis merampas kunci dan sebuah motosikal jenis Yamaha 125, topi keledar dan alat pengunci motosikal.

“Hasil soal siasat, suspek ditahan mengaku terlibat dalam kes je3nayah itu bersama seorang lagi rakan (suspek yang masih bebas) yang dikenalinya ketika menerima huvkuman di p3enjara Kajang sembilan tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman selama enam hari sehingga Khamis ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Kese3ksaan.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan malang bagi dua penjenayah apabila telefon bimbit milik salah seorang daripada mereka terjatuh ketika cuba menyamun dan melarikan motosikal milik seorang penghantar makanan di Phileo Damansara petang Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada jam 2.53 petang itu, mangsa berusia 22 tahun cedera akibat bergelut untuk menyelamatkan motosikalnya daripada dilarikan suspek.

Kejadian berlaku ketika mangsa berada di depan bangunan Phileo Damansara 2 sebelum didatang dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z menghampiri penghantar makanan itu mendakwa motosikal milik m@angsa adalah kenderaan curi dan ingin mengambilnya.

Keadaan Grabfood Rider Selepas disamun dua penyamun

p/s: Semoga pelaku dihadpakan kemuka pengadilan dan dikenakan hvkuman yang setimpal.

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Selepas suspek samun, curi motosikal ditahan Ini barang yg dijumpai polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*