Budak ini terbelanja lebih RM41,000 selepas terproceed order bapanya menggunakan aplikasi shopping online

Kaki shopping simpan duit? Mudahkah nak buat tu. Lagi-lagi, ketagih shopping atau Shopaholic ini boleh jadi sejenis penyakit untuk sesetengah orang. Pantang nampak atau dengar jualan murah. Berdebar-debar rasa hati nak membeli.

Namun lain pula kes yang dihadapi oleh kanak-kanak ini

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Beijing membelanjakan 70,000 yuan (RM41,000+) wang bapanya selepas membeli barangan secara online.

Menurut laporan, kanak-kanak tersebut seronik menekan butang ‘next’ tanpa berfikir ianya adalah untuk pengesahan pembelian!

Difahamkan, si bapa sebelum itu sedang mencari hadiah untuk isterinya melalui aplikasi beli-belah secara online itu dan memasukkan barangan yang diinginkan dalam ‘bakul’ agar dapat dinilai semula pada hari yang lain.

Kebiasaannya memang begitu kita akan buat, kita park dahulu barang online di dalam bakul, untuk difikirkan semula yang mana satu benar-benar mahu dibeli.

Seperti yang kita sedia maklum, setiap kali pembelian online dilakukan, pastinya pembeli akan menambah masuk maklumat kad untuk membuat pembayaran. Sesetengan kad debit atau kredit tidak memerlukan pengesahan dari pemilik.

Terkejut saat mengetahui barang sampai

Pembelian kesemua barangan itu termasuk cincin, gincu dan beg tangan dari pelbagai jenama terkemuka, malah kesemua barangan itu dihantar ke rumah keluarga itu sehingga tidak cukup ditempatkan di bahagian ruang tamu.

Si bapa memuat naik gambar anak lelakinya duduk di depan kotak-kotak itu, yang dipercayai telah dimarahi akibat perbuatannya menggunakan telefon bimbit bapanya tanpa kebenaran.

Isteri adalah orang yang paling gembira saat menerima hadiah

Si isteri gembira tak terkata apabila melihat banyak hadiah yang dibelikan untuk dia. Tetapi selepas mengetahui perkara sebenar, si isteri meminta suaminya memulangkan semua barangan itu.

Namun, lelaki itu mengambil keputusan untuk menyimpan sebahagian barangan tersebut sebagai hadiah kepada isteri dan anaknya, manakala yang selebihnya dipulangkan. Nasib beliau baik kerana pihak website aplikasi membenarkan untuk membuat proses retuen item dengan pemulangan duit. Namun ianya memakan masa yang lama  biasanya lebih 30hari.

Kanak-kanak itu dihukvm menyalin semula kerja rumahnya sebanyak 300 kali akibat perbuatannya itu.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Wanita Ini Kongsi Cara Bantu Kaki Shopping Simpan Duit Setiap Bulan

PERTAMA : SET BUDGET PERBELANJAAN
Makanan harian, minyak kereta, insurans peribadi, loan, credit card dan lain-lain. Berdasarkan komitmen bulanan kamu sediakan fix figure yang TIDAK BOLEH DIGANGGU.

Dulu, mummy saya ajar, pakai sampul berlainan untuk kategori perbelanjaan berlainan. Bila jelas terbentang perbelanjaan kita depan mata, risiko menjadi “impulsive shopper” berkurangan.

KEDUA : SET SAVING BULANAN
Berapa kita mo simpan sebulan, RM50 ? RM100 ? RM200 ? RM500 Or RM1000 ? Terpulang dengan diri masing-masing. Janji saving kita buat AWAL BULAN bukan HUJUNG BULAN.

KETIGA : PADAM SEMUA SHOPPING APPLICATIONS
Apps ni memang sudah direka khas untuk compress data so membuatkan browsing experience kita lebih laju berbanding login web biasa – lebih laju shopping experience, lebih laju duit kita habis!

KEEMPAT ; JANGAN SIGN UP UNTUK PAYPAL
Paypal pun memudahkan kita bayar dengan senang, tidak perlu enter credit card. Cuma perlu enter nama & id. SIAP, hutang credit card sudah bertambah.

KELIMA : 24 HOUR RULE
Mahu shopping juga online ok fine, some habits are hard to break orang putih cakap. TAPI 24 hour rule ni memang berkesan betul untuk saya.

Apa saya buat? Add item dalam cart, sambung browse item lain. Sampai ngantuk, esok- esok saya masuk balik website or apps tu. Tengok balik barang tu, hati terus macam tidak suka sudah.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 

Sumber : ChinaPress , mingguanwanita

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Budak ini terbelanja lebih RM41,000 selepas terproceed order bapanya menggunakan aplikasi shopping online"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*