Ini kata2 padu Sharnaaz Selepas Berita Penemuan Nora Anne

Terdahulu, remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos lalu untuk percutian dua minggu di negara ini. Dia dilaporkan hilang pada pukul 8 pagi pada 4 Ogos lalu.

Berita misteri kehilangan Nora Anne Quoirin yang akhirnya terjawab selepas satu mayat wanita ditemui di hutan di Pantai, Seremban, mendapat perhatian masyarakat sejak semalam.

Bukan hanya orang ramai malah kalangan artis juga turut menzahirkan perasaan yang sama termasuklah pelakon Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz berkata, sekiranya kematian gadis berusia 15 tahun itu berpunca akibat perbuatan jahat mana-mana individu, dia mahu pelaku terbabit diseksa sebelum dihukum mati.

Pelaku wajib mati dan diseksa sebelum mati.. kerajaan jangan sesekali sebut pasal hapuskan hukuman mati.. Mustahil!,” luah Sharnaaz menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Dia juga berharap seluruh ahli keluarga Nora tabah menerima beri kematian remaja itu.

Walaupun pihak berkuasa belum lagi mengesahkan punca kematian remaja itu namun ‘kata-kata amaran’ Sharnaaz itu mendapat sokongan kalangan pengikutnya yang bersetuju agar hukuman berat dijatuhkan terhadap si pelaku.

Pun begitu, ada kalangan warganet yang memberi pandangan, orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi kerana setakat ini proses bedah siasat masih belum dijalankan.

Sementara itu, proses bedah siasat ke atas mayat Nora akan dijalankan oleh Senior Patologi dari Kuala Lumpur pada hari ini. Selepas 10 hari menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), polis menemui mayat wanita berkulit putih, kira-kira 2.5 kilometer dari resort The Dusun, Pantai, pada tengahari semalam.

Malam tadi, polis mengesahkan mayat yang ditemui adalah Nora Anne selepas ahli keluarga gadis itu membuat pengecaman.

Difahamkan, Nora Anne memaklumkan mengenai air terjun yang menakjubkan itu kepada ibunya, Maebh Jaseprin Quoirin ketika tiba di resort itu untuk percutian selama dua minggu mereka di situ.

Menurut Daily Mail, Nora Anne memberitahu keluarganya mengenai keterujaannya ke situ setibanya di resort tempat mereka sekeluarga menginap di kawasan berkenaan.

Sementara itu, peguam keluarga Nora Anne, Sankaran Nair berkata, laporan be3dah siasat itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Penduduk zahir rasa sedih

Penduduk di sekitar kawasan resort di Pantai, Seremban di sini menzahirkan rasa simpati, hiba dan terkejut susulan penemuan ma@yat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, pada hari ke-10 kehilangannya dari sebuah resort di sini.

Rata-rata penduduk di sini, seakan tidak percaya kehilangan remaja ma@lang itu berakhir sebegitu selain menyifatkan ia sebagai peristiwa ‘hitam’ buat kampung berkenaan.

Mohamad Afendi Azhar, 26, berkata kejadian itu adalah peristiwa pertama di kawasan itu membabitkan kes kehilangan individu yang berakhir dengan kem@atian.

Katanya, dia bersama penduduk kampung pernah berusaha mencari remaja itu pada hari kedua selepas dilaporkan hilang pada 4 Ogos, namun gagal.

“Secara peribadi saya amat si1mpati dengan keluarganya ,” katanya kepada Bernama.

MHE TV

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ini kata2 padu Sharnaaz Selepas Berita Penemuan Nora Anne"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*