“Kalau Dari Dulu Dengar Cakap Mommy Jadi Polis Kan Bagus”, Luahan Ibu Shaheizy Sam

Ibu  kepada pelakon Shaheizy Sam, Khaty Fauziah melahirkan rasa syukur apabila menerima maklum balas positif daripada pihak polis berhubung surat terbuka yang dibuat oleh anaknya baru-baru ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Khaty mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan Sam kerana membantu serta prihatin terhadap keselamatan penduduk di kawasan perumahannya di Kampung Padang, Pokok Mangga, Melaka.

” Saya ibu kepada @shaheizy_sam turut bersyukur & berterima kasih diatas surat maklum balas dari pihak #ibupejabatpolismelakatengah diatas keprihatinannya.

” Alhamdulillah, semoga dengan adanya rondaan berskala & pengawasan yang kerap di Kg. Padang, Pokok Mangga dan persekitarannya, bukan sahaja untuk keselamatan saya sekeluarga malah penduduk-penduduk disini dapat faedahnya bersama.

” Saya turut berharap agar penduduk-penduduk disini sama-sama berganding bahu dengan pihak @pdrmsia_official dimana juga kita berada untuk membanteras jenayah.

” Kepada Shaheizy Sam, terima kasih sebab prihatin & sayang pada mommy. Kalau dari dulu lagi dengar cakap mommy jadi polis kan bagus ikut jejak langkah arwah daddy bekas Timbalan Ketua Polis Selangor Abd. Samad Jaaman.

” Lihat gambar sebelah, Sam saling tak tumpah mirip wajah arwah daddy nya,” tulisnya.

Sementara itu, Sam menerusi entri di ignya turut melahirkan rasa syukur diatas respon positif yang diberikan oleh pihak polis.

” Diharap @khatyfauziah sekeluarga dan penduduk setempat dapat meneruskan hidup dengan aman dan tenang selepas ini. Maaf, Inspektor Khai jauh bertugas di Kuala Lumpur ketika ini. Hehe. Terima kasih buat IPD Melaka Tengah @pdrmsia_official untuk tindakan segera anda. Sangat dihargai,” tulisnya.

Difahamkan, lokasi tempat tinggal Khaty sering menjadi sasaran penjenayah dan kawasan semak di belakang rumahnya juga sering dijadikan sarang penagih dadah untuk melepas gian.

Rata-rata pengikut ibu kepada pelakon terkenal, Shaheizy Sam turut berterima kasih kepada beliau kerana mengambil langkah membuat aduan kepada pihak polis.

” Terima kasih mummy @khatyfauziah atas kepihatinan mummy sekeluarga utk membuat aduan.. selamat kg kita dari jenayah.. lps ni bole angkat mummy jd Yb kawasan kg padang..”

” Semoga polis terus peka pada keadaan semua lokasi…rumah sy 2x kena pecah masuk…lokasi tengah² bandar besar…kesal jgk lah sbb suami sy sndiri polis tp polis bg layanan mcmtu…haiiishhh…sedehhh iolls…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: astr0awani

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Kalau Dari Dulu Dengar Cakap Mommy Jadi Polis Kan Bagus”, Luahan Ibu Shaheizy Sam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*