Ketika Menyelusuri Sungai, Sukarelawan Dedah Mereka Ternampak Ma y4t N0ra Anne Tapi Tidak Mendekatinya

Kumpulan pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai, Seremban ternampak ma-y4t N0ra Anne Quoirin, 15, pada jarak kira-kira 20 meter tetapi tidak mendekatinya.

Sebaliknya, kumpulan itu terus memaklumkan penemuan mereka kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Wakil kumpulan pendaki dari Seremban, Kenny Chan berkata, dia bersama 24 pendaki lain secara sukarela menyertai SAR kira-kira 12 tengah hari di kawasan sungai itu.

“ Kami melakukan pencarian mengikut laluan sungai sebelum berpecah kepada dua kumpulan bagi meluaskan kawasan pencarian.

“ Ketika kumpulan saya sedang menelusuri laluan sungai itu, kami ternampak ma-y4t terbabit tetapi tidak mendekatinya,” katanya ketika dihubungi di Seremban, hari ini.

Menurutnya, tiada individu lain di lokasi terbabit selain daripada kumpulannya tetapi dia tidak pasti jika ada pihaknya lain yang terlebih dahulu menemuinya.

Katanya, dia dan ahli kumpulannya sudah memberi keterangan di Balai P0lis Pantai mengenai penemuan mereka itu, malam tadi bagi membantu pihak berkuasa.

Kenny dan kumpulannya menyertai SAR pada Ahad lalu sebelum menyertainya untuk kali kedua semalam.

Ma-y4t N0ra Anne ditemui pada 1.57 petang semalam kira- kira 2.5 kilometer dari lokasi penginapan remaja dan keluarganya di sebuah resort dekat Pantai.

Ma-y4t remaja warga Ireland dibawa keluar dari lokasi dengan bantuan helikopter dan kemudiannya dibawa ke H0$pital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Keluarganya yang ke hospital membuat pengecaman dan mengesahkan ma-y4t terbabit adalah remaja yang dilaporkan hil4ng sejak 4 Ogos lalu itu.

Dalam pada itu ahli keluarga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) atas usaha gigih mencari N0ra yang hilang sejak 4 Ogos lalu.

“ N0ra sentiasa di hati kami,” kata ahli keluarga remaja Ireland, N0ra Anne Quoirin, 15, yang ditemui m4ti di kawasan hutan di Pantai, Seremban, semalam.

Mereka turut berterima kasih kepada penduduk setempat kerana turut sama membantu mencari N0ra selain doa dan sokongan daripada orang ramai.

“ N0ra berjaya menyatukan semua pihak terutama Perancis, Ireland, Britain dan Malaysia dalam misi mencarinya secara bersama selain sokongan dan kasih sayang terhadapnya.

“ Dia (N0ra) menyentuh hati bukan saja rakyat Malaysia tetapi juga seluruh dunia. Kepada semua rakan dan keluarga di rumah, kami ucapkan terima kasih untuk kasih sayang diberikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan di Facebook Lucie Blackman Trust, sebuah perbadanan amal yang menguruskan hal ehwal berkaitan media untuk keluarga mngsa.

Selain itu, ahli keluarga turut menyifatkan N0ra sebagai gadis yang istimewa.

“ Kami amat menyayanginya dan sangat terkesan dengan pemergiannya. Hati kami luluh.

“ Kami akan sentiasa menyayangi N0ra,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: hmetro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ketika Menyelusuri Sungai, Sukarelawan Dedah Mereka Ternampak Ma y4t N0ra Anne Tapi Tidak Mendekatinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*