Lelaki yg pernah jalan kaki KL-Kelantan akhirnya muncul dan beri penjelasan

MISTERI identiti lelaki yang tular kerana berjalan kaki sehelai sepinggang dari Kuala Lumpur ke Kelantan terus hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.

Pada mulanya hanya sekeping gambar yang diambil dari arah belakang dirakamkan oleh seorang pengguna laman sosial Twitter sehingga menjadi tular, tetapi kemudian muncul pula satu klip video didakwa menyerupai lelaki itu berjalan di kawasan sama.

Identiti lelaki yang dikesan di pembahagi jalan di lebuh raya dekat Gua Musang, Kelantan terus menjadi tanda tanya apabila kedua-duanya didakwa sebagai individu berbeza, hanya pelanduk dua serupa

Sebenarnya, kisah lelaki berjalan kaki ke Kelantan bukanlah pertama kali dilaporkan di negara ini kerana awal tahun dulu kecoh mengenai seorang lelaki yang kisahnya tular kerana sanggup berjalan kaki dari Kuala Lumpur bagi menjenguk ibunya yang sakit di Pasir Mas, Kelantan.

Bercakap kepada mStar, lelaki tersebut, Mohd Zuhairi Azlin bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa dia adalah lelaki berbaju hitam dan berseluar jeans yang dirakam berjalan kaki di pembahagi jalan itu.

“Memang kisah saya pernah tular dahulu sebab sanggup jalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kelantan, tapi itu pada Januari lalu, bukannya hujung minggu lalu.

“Petang Sabtu tu saya ada di bilik sewa saya di Setapak, Kuala Lumpur. Memang tak keluar bilik pun. Bukan saya yang berjalan kaki tu,” katanya kepada mStar.

Motosikal ada masalah, kemudian nak tumpang makcik saya (ibu saudara) tapi dia tak jadi balik ke kampung selepas dapat tahu perjalanan ke Kelantan hujung minggu lalu sesak teruk.

Mohd Zuhairi yang berusia 32 tahun berkata, dia dihubungi rakan dan keluarganya susulan kisah ‘lelaki berjalan kaki’ itu sekali lagi tular.

“Saya terkejut bila diberitahu pasal tu. Kawan-kawan dan keluarga tak henti bertanya betul ke saya yang jalan kaki nak balik Kelantan,” ujarnya.

Dia menjelaskan bahawa pada awalnya memang dia bercadang untuk pulang ke kampung di Kelantan sempena Hari Raya Aidiladha hujung minggu lalu, tetapi motosikalnya mengalami masalah dan tidak sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

“Motosikal ada masalah, kemudian nak tumpang makcik saya (ibu saudara) tapi dia tak jadi balik ke kampung selepas dapat tahu perjalanan ke Kelantan hujung minggu lalu sesak teruk.

“Sudahnya, saya dan isteri hanya beraya di Kuala Lumpur dan sebelah petang Ahad pergi ke rumah makcik yang tinggal berdekatan,” kata bekas anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu.

Anak sulung daripada empat beradik itu turut menafikan pernah berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kelantan beberapa kali, sebagaimana yang didakwa di media sosial.

“Hanya sekali saja saya cuba untuk berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Tapi itu pun tak jalan kaki sampai ke Kelantan sebab dalam perjalanan dekat Plaza Tol Gombak, ada seorang pemuda yang baik hati tumpangkan saya hingga ke Bentong, Pahang dan memberi sedikit duit untuk sambung perjalanan menaiki bas ke Pasir Mas.

“Dakwaan mengatakan saya beberapa kali berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kelantan adalah tidak benar,” katanya sambil menambah baru diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan, bulan lalu.

Pada masa ini, dia sedang mencari pekerjaan yang sesuai di samping membantu mempromosikan pakej pelancongan yang diusahakan oleh ibu saudaranya, dan isterinya pula bekerja sebagai penebar roti canai di sebuah restoran.

Sehubungan itu, Mohd Zuhairi meminta semua pihak berhenti menyebarkan kisah kononnya dia adalah lelaki yang berjalan kaki di pembahagi jalan di lebuh raya itu.

“Janganlah sebar fitnah. Periksa betul-betul kalau rasa sangsi. Sesetengah orang terus sebar tanpa selidik atau mengetahui kesahihannya terlebih dahulu,” katanya.

Lelaki jalan kaki KL-Kelantan terus jadi misteri, bukan satu tapi dua individu berbeza

KEMUNCULAN seorang lelaki yang berjalan kaki di pembahagi jalan di lebuh raya dekat Gua Musang, Kelantan ketika trafik sesak teruk pada Sabtu, menjadi tanda-tanya.

Berjalan sehelai sepinggang, sukar untuk membuatkan netizen mempercayai lelaki itu sanggup mengharungi perjalanan seorang diri dari Kuala Lumpur untuk ke Kelantan.

Pada mulanya hanya sekeping gambar yang diambil dari arah belakang dirakamkan oleh seorang pengguna laman sosial Twitter sehingga menjadi tular, tetapi kemudian muncul pula klip video didakwa menyerupai lelaki itu berjalan di kawasan yang sama.

Tangkapan skrin klip video yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook yang turut tular.

Bagaimanapun, posting di halaman Facebook milik seorang wanita meraih perhatian apabila dia memberitahu bahawa individu di dalam klip video yang tular itu sebenarnya adalah suaminya dan dirakamkannya sendiri semasa pulang ke kampung di Pantai Timur.

“Suami saya turun jalan kaki jarak sebatang rokok stretching… udoh viral hahahahhahaa jalan kaki balik Kelantan katanya. Takkanlah balik kelantan tak bawa beg? Agak-agak lah… tapi terima kasih kepada netizen doakan perjalanan beliau,” ujarnya.

Bercakap kepada mStar, wanita itu, Bibi Zaleha Zurkiple berkata, lelaki di dalam klip video itu adalah suaminya yang ketika itu mengambil angin luar berikutan kesesakan teruk semasa perjalanan pulang ke kampung dari Kuala Lumpur sempena Hari Raya Aidiladha.

Perkongsian Bibi Zaleha di Facebook mengenai video yang menunjukkan suaminya di pembahagi jalan.

Namun wanita berusia 36 tahun itu menjelaskan, rakaman tersebut dibuat antara pukul 7 pagi dan 12 tengah hari Ahad, dan bukannya petang Sabtu seperti gambar yang tular sebelum itu.

“Klip video yang tular tu saya sendiri yang rakam dari dalam kereta. Disebabkan kesesakan teruk dekat Gua Musang, saya dan suami memandu secara bergilir-gilir. Ketika itu suami keluar dari kereta sekejap untuk menghisap rokok.

“Dia tidak keseorangan, kami pulang satu keluarga bersama anak-anak. Malah, ketika itu kami dalam perjalanan pulang ke rumah bapa saya di Jerteh, Besut, Terengganu dan bukannya Kelantan seperti yang didakwa,” kata ibu dua anak itu kepada mStar.

Foto itu hanya diambil dari arah belakang. Saya akui berdasarkan susuk tubuh yang kurus, baju hitam dan seluar jeans itu sama seperti suami saya di kawasan yang sama.

Bibi bagaimanapun mempersoalkan gambar yang tular menunjukkan seorang lelaki yang menyerupai suaminya yang lebih dikenali sebagai Ery, tetapi ia diambil dari jarak jauh.

“Saya hanya rakam video suami saya berjalan di pembahagi jalan, tak ada foto yang diambil. Tapi berdasarkan gambar yang tular kononnya sejak petang Sabtu, ia mirip suami saya.

“Foto itu hanya diambil dari arah belakang. Saya akui berdasarkan susuk tubuh yang kurus, baju hitam dan seluar jeans itu sama seperti suami saya di kawasan yang sama,” ujarnya.

Perkongsian dua klip video yang dirakamkan semasa kesesakan di lebuh raya dekat Gua Musang, Kelantan.

Sejak penularan foto itu juga menyebabkan dia dan suami dihujani pelbagai mesej daripada keluarga dan kenalan yang membuat pertanyaan bagi mendapatkan kesahihan cerita.

Menurut Bibi, dia juga menerima banyak mesej daripada orang awam yang mahu menyalurkan bantuan disebabkan keadaan ‘lelaki berjalan kaki’ itu mengundang simpati ramai.

“Rakyat Malaysia ni sebenarnya baik hati untuk memberikan sumbangan, tetapi kadang-kadang ada yang mengambil kesempatan atas perkara yang tular.

“Saya ada mesej pengguna Twitter yang muat naik gambar tu, dan pagi ni (Isnin) baru dia jawab dan perjelaskan foto tu memang dia ambil pada petang Sabtu, maksudnya dua individu yang berbeza. Dan katanya lelaki itu tidak memakai cermin mata seperti suami saya.

“Cuma video suami tu disalah erti sebagai lelaki yang berjalan kaki tu. Saya berharap dengan penjelasan ini, semua pihak tidak mengaitkan video suami saya dengan lelaki yang berjalan kaki tu. Kedua-duanya adalah individu yang berbeza,” tegasnya.

Suami Bibi, Ery bersama salah seorang anak mereka di pembahagi jalan lebuh raya ketika kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, gadis yang merakamkan foto yang tular itu memberitahu mStar bahawa dia turut menonton video seorang lelaki yang hangat diperkatakan itu.

“Saya tengok juga video tu. Suami dia pakai cermin mata dan pakai jam tangan pada tangan kiri. Gambar yang saya ambil tu tak pakai cermin mata dan tak pakai jam sebelah kiri.
“Memandangkan tweet (posting) ni agak complicated (merumitkan), saya ambil keputusan untuk memadamkannya kerana ahli keluarga asyik bertanya tentang perkara itu. Saya tidak mahu terlibat dalam apa-apa kes membabitkan lelaki itu. Mahu bertenang.

“Jalan sama tapi tempat saya ambil gambar tu dengan rakam video pun lain tu. Dia sepatutnya lebih mengenali suaminya,” ujarnya.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter lain mendakwa lelaki yang berjalan kaki itu adalah rakan sekolahnya yang mengalami masalah kewangan, dan ia bukan kali pertama rakannya itu berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

p/s: Siapa pun identiti lelaki yang berjalan kaki di tengah highway tersebut, boleh dismpulkan sama ada dia ada maslaha m3ntal, atau mungkin juga dia nak mengambil angin sementara tunggu jalan tengah jam. Tak logik ada yang balik Kelantan jalan kaki dari KL.

Kepada smeua warganet, periksa dulu sebarang maklumat sebelum sebar ye

Sumber Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Lelaki yg pernah jalan kaki KL-Kelantan akhirnya muncul dan beri penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*