Boy Iman Sahkan Sudah Berce3rai Dengan Isteri

Tiada angin tiada ribut, Datuk Boy Iman mengakui sudah pun bercerai dengan isterinya Ida Anas pada April tahun lalu. Mahligai perkahwinan hanya mampu bertahan selama tujuh tahun, Boy Iman memberitahu bukan mudah menerima dugaan tersebut.

Perkara itu dimaklumkannya menerusi Instagramnya semalam. Menurut Boy Iman, dia dan isteri disahkan berce3rai pada 20 April 2018. Ujarnya lagi, dia mera@hsiakan percer3aian kerana sukar untuknya menerima hakikat pe3rpisahan tersebut.

“Saya menerimanya sebagai satu yang positif dan cuba memberi motivasi, semangat kepada saya untuk menerima dugaan berat ini.

“Saya dah be3rpisah dengan isteri pada 20 April 2018 cuma kami cuba selindungkan perkara ini kepada umum dan pihak mahkamah kerana perlu masa untuk menerima hakikat kepahitan sebuah pe3rpisahan kerana realitinya ia sangat menyedihkan.

“Apatah lagi yang menjadi m@angsa selain hati kami adalah hati anak-anak kami,” tulisnya.

Meskipun berat menerima perce3raian tersebut, Boy Iman tetap reda dengan aturan Allah. Dalam pada itu, Boy Iman memohon agar netizen mendoakan kebahagiaan bekas isteri dan anak-anaknya.

“Apa-apapun terima kasih atas keprihatinan anda dan perhatian yang diberi. Saya mohon doa dari anda untuk kebahagiaan saya, bekas isteri, anak-anak dan kebahagiaan anda jua di dunia dan akhirat.

“Inilah aturan yang terbaik dari Allah dan jodoh itu kerja Dia. Kita hamba-Nya bukan Tuhan maka redhalah apa yang Allah rencanakan utk kita,” tulisnya.

Boy Iman mendirikan rumah tangga dengan Ida Nas pada 11 November 2011 ketika berusia 31 tahun. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Norul Emmer.

Netizen persoal Boy Iman sambung Master

SEBELUM ini nama Datuk Dr Boy Iman pernah hangat dek kontroversi berkaitan penipuan hartanah dan penularan gambar konvokesyen Doktor Falsafah (PhD) yang terlalu ringkas sehingga ada yang menyamakannya dengan majlis di tadika.

Namun, semalam namanya kembali menjadi bualan apabila entri kad pelajar yang dimuat naik di Instagramnya sekali lagi tular dan menarik perhatian netizan.

Pada kad tersebut tertera nama penuh beserta pangkat Datuk (Dato) yang dimiliki selain menunjukkannya sedang menyambung pengajian di peringkat Master dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan.

“Dapat kad pelajar membuatkan saya rasa macam satu ‘semangat’ yang ‘luar biasa’ pada diri saya.

“Ini juga adalah salah satu azam tahun 2019. Doakan saya habis belajar ya walaupun agak sibuk dengan komitmen yang sedia ada,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Entri tersebut nyata menimbulkan keraguan di kalangan netizen yang mempersoalkan mengapa Boy Iman perlu mengambil Master sedangkan dia telah pun memiliki PhD.

Ada juga netizen yang memintanya supaya mendedahkan nama universiti kerana seseorang itu sepatutnya berbangga dengan institusi di mana dia menuntut ilmu.

Pangkat Dato yang terdapat pada kad pelajar turut dipersoalkan kerana menurut netizen nama pada kad pelajar biasanya hanya menggunakan nama penuh seperti dalam kad pengenalan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/21901/HIBURAN/Netizen-persoal-Boy-Iman-sambung-Master
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

SUMBER ASTRO GEMPAK

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Boy Iman Sahkan Sudah Berce3rai Dengan Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*