Sehingga 8 malam, m4ayat Nora Anne belum dituntut

SEREMBAN – Sehingga pukul 8 malam ini, ma@yat Nora Anne Quoirin, 15, dipercayai masih belum dituntut keluarga dari Jabatan Perubatan Fore3nsik, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

Di pekarangan jabatan ini juga, tidak kelihatan kelibat ahli keluarga.

Proses bedah siasat ke atas mayat Nora Anne yang bermula pukul 11.45 pagi semalam, telah berlangsung selama 10 jam.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop dalam sidang akhbar pukul 2 petang tadi, m@ayat Nora Anne boleh dituntut pada bila-bila masa.

Katanya, pihak keluarga belum membuat sebarang persiapan untuk menuntut ma@yat. – Bernama

Sementara itu, netizan mula membuat pelbagai andaian

Apa-apa pun, kita tunggu berita selanjutnya, apa sebenarnya yang berlaku 

PUNCA KEMAT1AN NORA ANNE DIDEDAHKAN OLEH PIHAK PDRM

SEREMBAN – Hasil bedah siasat mayat Nora Anne Quoirin, 15, mendapati punca kem4tiannya akibat disebabkan kebocoran usus kerana tidak ada makanan dalam tempoh panjang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan dalam satu sidang akhbar sebentar tadi, bedah siasat juga mendapati Nora Anne juga telah meninggal dunia sejak dua atau tiga hari punca kem4tian juga disebabkan tekanan yang berpanjangan.

“Ada calar-calar kecil pada kaki dan tiada kesan kena rogol,” jelas beliau hari ini

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Sehingga 8 malam, m4ayat Nora Anne belum dituntut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*