Anggun Bergaya Cik Puan Sofie Louise Johansson Yang Ayu Berselendang

Perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, dengan warga Sweden, Cik Puan Sofie Louise Johansson berlangsung di Istana Balai Besar Kota Bharu, Kelantan April lalu.

Sejak itu kelihatan kelibat Cik Puan Sofie Louise Johansson sering dilihat menemani Tengku Mahkota Kelantan dalam majlis rasmi.

Dan setiap kali tampil di khalayak bertemu rakyat jelata, penampilannya sangat cantik dan santun. Walaupun dari kalangan bangsa asing, tetapi Cik Puan Sofie Louise Johansson bijak menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.

Dengan mengenakan busana kurung moden di sertakan dengan selendang menjadikan gaya Cik Puan Sofie Louise Johansson sangat menawan dan sedap mata memandang.

Baru-baru ini ketika majlis Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, Tengku Mahkota Kelantan dan isteri Cik Puan Sofie Louise Johansson turut hadir ke Istana Negara.

Untuk majlis ini, Cik Puan Sofie Louise Johansson anggun menyarung busana dengan warna rasmi, kuning diraja serta mendapat sentuhan mekap oleh Syed Faizal Syed Noh yang menyerlahkan lagi seri di wajahnya.

Malah hasil kerja Syed Faizal ini turut mendapat pujian ramai apabila muat naik foto Cik Puan Sofie Louise Johansson.

Selain itu, penampilan Cik Puan Sofie Louise Johansson ini juga turut mendapat pujian ramai terutama apabila foto-foto yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya sendiri.

1. ellsyaf salam che puan…u looks very beautiful

2. _najwaabas Cantik sangat

3. pinkladybydakwawa MasyaAllah, so pretty Che Puan Sofie

4. lyna.qasehgold Manisnya Cik Puan,sopan.

5. iamsyaralee Assalamualaikum Che Puan. You are so beauty…Pretty in tudung

6. shairah_shah Masy allah, Che Puan so pretty. Long live Che Puan

Dan ini 5 fakta menarik Cik Puan Sofie Louise Johansson yang ramai tak tahu:

  1. Cik Puan Sofie Louise Johannson berumur 33, lahir pada tahun 1985 ialah warga Sweden yang juga kenalan lama Tengku Muhammad Faiz. Khabarnya mereka berdua bertemu di England.
  2. Cik Sofie Louise membesar di Linköping, bandar yang terletak di utara Sweden dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.
  3. Cik Sofie juga khabarnya mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi.
  4. Cik Puan Sofie Louise Johansson turut dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang baik hati, kelakar dan begitu menggemari makanan cina.
  5. Siapa menyangka, Cik Puan Sofie juga turut aktif di media sosial menerusi akaun Instagramnya, yang setakat ini mempunyai 39.3K pengikut.

CIK PUAN SOFIE DATANG KE KATIL SAYA, SECARA SPONTAN TERKELUAR AYAT INI SAMPAI DIA KETAWA

Kehadiran Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra bersama isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, hari ini mengujakan pesakit dan kakitangan hospital itu.

Tidak terkecuali seorang pesakit, Nur Amira Lyana Abdul Hamid, 28, yang secara spontan memuji kejelitaan Cik Puan Sofie secara berdepan sebaik pasangan diraja itu yang tiba di katilnya untuk melawat.

Nur Amira Lyana yang dimasukkan ke wad, semalam kerana kekurangan garam dalam badan juga meluahkan rasa terujanya kerana dapat bersalaman dengan Cik Puan Sofie selepas menerima kunjungan pasangan diraja itu.

“ Ketika Cik Puan Sofie tiba di katil saya, secara spontan mulut berkata ‘you are very beautiful’ kerana terpegun dengan kejelitaannya yang dapat saya lihat depan mata.

“ Tengku Mahkota memberitahu isteri baginda sekali lagi bahawa saya memuji kecantikannya dan Cik Puan Sofie terus ketawa.

“ Saya memberitahu Tengku Mahkota bahawa sebelum ini hanya melihat isteri baginda menerusi televisyen dan surat khabar dan rupa-rupanya Cik Puan memang jelita orangnya,” katanya ketika ditemui di Wad Puteri.

Nur Amira yang menyedari keterlanjuran sikap peramahnya terus memohon maaf dengan pasangan diraja itu sambil memberi alasan dia begitu teruja dan pada masa sama gementar.

Menurutnya, selain menyapa mesra, peluang dapat bersalaman dengan Cik Puan Sofie juga satu detik manis buatnya.

Tengku Mahkota dan isteri meluangkan masa lebih satu jam melawat 67 pesakit di Wad Puteri dan Anggerik sambil mengurniakan zakat dan sumbangan peribadi kepada pesa@kit.

Kedatangan baginda disambut Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin dan Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali.

Yang turut hadir, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz yang juga Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Timbalan MAIK serta timbalannya, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi.

Sementara itu, Nik Mohd Azlan berkata, baginda Tengku Mahkota mengurniakan sumbangan zakat MAIK berjumlah RM30,000 kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan HRPZ II dan sumbangan peribadi baginda kepada 67 pesakit sebanyak RM300 setiap orang.

Cik Puan Sofie (kiri) memangku adik Wan Muhammad Al- Iman Akif Wan Muhammad Aiman, setahun, sambil diperhatikan ibunya, Siti Nor Irdiana Azmi, ketika program ziarah di Wad Anggerik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu

“ Tengku Mahkota sememangnya seorang yang berjiwa rakyat dan sangat kasihkan kanak-kanak, malah selalu mengambil berat kesusahan rakyat negeri ini.

“ Sekiranya ada terdengar mengenai kesusahan hidup yang dialami rakyat, baginda akan turun padang menziarah dan menyampaikan sendiri sumbangan,” katanya.

Sumber: INSTAGRAM TENGKU MAHKOTA KELANTAN & CIK PUAN SOFIE 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Anggun Bergaya Cik Puan Sofie Louise Johansson Yang Ayu Berselendang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*