Anak Buat Kejutan Hadiahkan Motosikal Baru Untuk Bapa, “Abah Ni Hati Jantan Tak Pernah Menangis”

Mot0sikal meragam sememangnya menguji kesabaran, apatah lagi ia pilihan yang munasabah untuk berulang alik ke tempat kerja.

Segelintir orang pakailah selagi boleh kalau motosikal itu masih mampu dibaiki dan digunakan lagi, meskipun entah berapa kali r0saknya.

Begitulah dengan se0rang bapa yang tidak pernah kisah motosikalnya sering bermasalah kerana apa yang lebih penting adalah mencari rezeki demi keluarga tersayang.

“ Kasihan teng0k abah setiap hari ulang-alik dari Sungai Buloh ke Kuala Lumpur naik *motosikal* semput tahap siput. Terimalah hadiah tak seberapa daripada anak-anak mu ini.

“ Asyik meragam je m0tor tapi tak pernah mengadu kat anak. Moga dengan motor ni dapat memudahkan abah cari rezeki untuk kami,” menurut perkongsian yang tular berserta klip video kejutan yang dibuatnya bersama adik-beradik lain istimewa buat bapa mereka.

Salah se0rang anak kepada bapa bertuah itu, Amirul Syahmi Ahmad Amran berkata, kejutan untuk menghadiahkan motosikal baharu buat bapanya yang disapa abah itu dibuat pada pagi Isnin lalu.

Pemuda berusia 2o tahun itu berkata, idea itu dicetuskan oleh abangnya, Akmal Hasif, 26, agar mengumpul wang bersama-sama dalam satu akaun bank untuk kegunaan keluarga.

“ Mot0sikal lama abah dah pakai lebih enam tahun. Itulah motosikalnya yang digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja. Tapi lama-kelamaan kami perasan abah selalu pulang lebih lewat berbanding biasa.

“ Abah tak guna telef0n bimbit, jadi bila abah balik lambat buat kami tertanya-tanya, risaukan abah. Tapi dia tak pernah kongsi masalahnya dengan anak-anak, tak nak menyusahkan kami,” katanya kepada mStar.


Bapa Amirul menerima hadiah m0tosikal baharu yang disertakan dengan riben dan kad ucapan.

Amirul bagaimanapun berkata, niat untuk meminjam mot0sikal milik bapanya untuk pergi ke kedai menjawab persoalan antara punca kelewatan bapanya pulang ke rumah.

“ Saya tunggang mot0r abah, aduhai lambat pick up. Dah tak p0wer lagi untuk bawa laju. Bayangkanlah kalau ke kedai di kawasan rumah pun tak b0leh bawa laju sangat, macam mana abah bawa motor tu hari-hari dari Sungai Buloh ke Kuala Lumpur pergi kerja?

“ Sekurang-kurangnya setengah jam ke sejam lebih perjalanannya berbanding sewaktu mula-mula guna m0tor tu dulu. Banyak masa abah hanya di jalan saja sebab nak cari rezeki untuk sara keluarga,” ujarnya sambil menambah bapanya itu berusia pertengahan 50an.

Selain motosikalnya tidak boleh memandu pada kelajuan yang lebih tinggi seperti sebelum ini, katanya, ia juga sering mengalami masalah sehingga bapanya terpaksa tersadai di lebuh raya.

“ Kalau ada penunggang mot0sikal yang baik hati, akan tolong abah seperti tarik sampai ke mana-mana. Kalau nampak abah tolak motor sampai ke rumah tu, dah faham sangat motor dia rosak.

“ Kami pernah nasihatkan abah untuk pakai mot0r baharu, tapi abah kata tak apalah boleh guna lagi, buat apa nak membazir, kerana kata abah duit yang ada lebih baik guna untuk perbelanjaan kami sekeluarga,” tambahnya.

Sehubungan itu, akaun khas yang digunakan sebagai tabungannya bersama adik-beradik lain dijadikan m0dal untuk membeli m0tosikal baharu sebagai hadiah buat bapa mereka.

Hampir dua bulan dirancang bagi memastikan m0dal untuk membeli mot0sikal mencukupi selain memikirkan idea terbaik untuk menyentuh emosi bapa mereka yang berjiwa kental.

“ Abah ni hati jantan, tak pernah menangis. Sekurang-kurangnya buat abah rasa sebak pun cukuplah. Malam sebelum kejutan tu saya dan adik pinjam mot0r abah dan pura-pura mengadu kata motor tu kemudian hilang.

“ Abah ni kalau marah memang singa habis. Bila abah dapat tahu pasal m0tor tu hilang, dia tak marah pun sebab dia tahu adik nak duduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun ni. Katanya, nanti adik stres, dah tak ada rezeki m0tor tu nak hilang dan cuba usahakan beli yang baharu.

“ Esok paginya, kami buat kejutan dengan mot0r baharu dihantar ke rumah. Kami berjaya dapat buat abah sebak, sampai kesat-kesat matanya. Kami juga bersyukur kerana dapat belikan motor baharu untuk abah, lepas ni abah tak akan bawa mot0r macam siput lagi,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Anak Buat Kejutan Hadiahkan Motosikal Baru Untuk Bapa, “Abah Ni Hati Jantan Tak Pernah Menangis”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*