Ibu dapat petanda dalam mimpi “dia merangkak sambil melambai”

EORANG bayi lelaki berusia 19 hari meni1nggal dunia akibat ja@ngkitan kuvman pada p@aru-pa@ru di rumahnya di Kampung Kubang Bonggor Hulu Melor, Kota Bharu, malam Sabtu.

Kejadian menimpa Mohd Al Amin Rafael Mohd Rosli tersebut disedari ibunya, Miss Nuriah Mansur, 41, pada pukul 9.45 malam.

Nuriah berkata, dia sebelum itu menyusukan anak bongsu daripada lima beradik berkenaan sebelum menidurkannya.

Suaminya, Mohd Rosli Deraman, 51, pula ketika itu berada di dalam bilik kerana menidurkan anak perempuan mereka yang berusia 4 tahun.

“Mohd Al Amin Rafael pula ada bersama saya dan saya memberikan susu badan kepadanya kira-kira pada pukul 9 malam, selepas itu saya sendawakan dia dan bermain dengannya sebelum dia membuang air besar.

Rasa tak sedap hati

“Siap membersihkan najis saya menidurkannya dan kemudian pergi ke dapur untuk makan tetapi berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihatnya.

“Ketika itulah saya nampak dia yang tidur di atas tilam kecil di ruang tamu rumah dalam keadaan mulut yang ternganga. Semasa cuba mengangkat untuk diletakkan di atas riba, tangannya sudah terkulai,” katanya ketika ditemui di rumahnya pada Ahad.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi pihak hospital dan doktor yang datang ke rumah mengesahkan anaknya itu sudah men1inggal dunia lalu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

“Semasa tengok najisnya sebelum itu saya sudah berasa pelik kerana berwarna kuning bercampur hijau. Sepanjang mengandungkannya saya berasa tidak sedap hati sehinggalah dia dilahirkan pada usia tujuh bulan seberat 2 kilogram melalui pemb3edahan pada 30 Julai lalu.

“Tiga hari lalu saya bermimpi dia menyusu badan dan merangkak sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah saya seolah-olah sudah memberi petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga,” katanya sebak.

Sementara itu, Mohd Rosli berkata, doktor memberitahunya pvunca ke3matian anaknya itu akibat kuvman pada p@aru-pa@ru menyebabkannya tidak boleh bernafas dan meni1nggal dunia.

“Saya diberitahui oleh doktor anak saya ini meni1nggal dunia kerana kuvman pada pa@ru-pa@ru hasil daripada laporan be3dah si1asat yang dilakukan Unit Forensik HRPZ II hari ini.

“Kami sekeluarga masih terk3ejut dengan kema@tiannya namun reda dan percaya ada rahmat di sebalik ujian ini. Je3nazah anak kami akan dikebuvmikan di Tanah Perkuvburan Pak Da Daud Jambu Merah, Melor,” katanya. – Sinar Harian

Semoga keluarga ini tabah menerima dugana ini.

sumber: mstar 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ibu dapat petanda dalam mimpi “dia merangkak sambil melambai”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*