“Buat Mesin Atm Ke”- Ditvduh Pilih Tunang Sebab ‘Kaya’, Ini Reaksi Padu Intan Najuwa

Semalam, peminat kepada pelakon drama Kekasih Paksa Rela dikejutkan dengan berita pertunangannya bersama jejaka pilihan dikenali sebagai Razrul Anwar Rusli.

Menurut sumber, jarak usia antara pasangan ini adalah 16 tahun yang mana Intan Najuwa kini berusia 22 tahun dan pasangannya itu berusia 38 tahun.

Bagaimanapun tidak hanya ramai tumpang gembira namun ada pula timbul komen kurang senang daripada netizen yang ditinggalkan menerusi ruangan komen pada posting dilaman Instagram.

Foto dikongsikan Intan

Pelbagai spekulasi timbul apabila ada yang menuduhnya seolah memilih tunangnya itu kerana ‘duit’ bagaimanapun, Intan memuat naik pula satu keping foto bersama tunang dan menulis kapsyen mengenai jejaka pilihannya.

Money? Let me tell you…

Malah, komen yang menuduhnya sedemikian juga dibidas peminat kerana menganggap komen begitu seperti tidak percaya dengan jodoh.

Puaka dengki…

Bod0 punyer komen…

Yg ckp2 mcm ni spesis harapkan duit…

Biarlah atm asalkan elok…

Beri kata semangat

Di ruangan komen juga, pelbagai komen sokongan buat Intan selain turut mengecam tindakan netizen yang tidak sepatutnya.

Biodata Intan Najuwa, Pelakon Wanita Popular

Nama penuh: Intan Najuwa binti Abdul Wahid

Nama popular: Intan Najuwa

Tarikh lahir: 18 Ogos 1997

Umur: 21 tahun

Kelahiran: Johor Bahru, Johor, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon

Media sosial: Instagram @intannajuwa

Fakta Menarik
1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015.

2. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

3. Dikatakan mempunyai wajah iras pelakon Wawa Zainal.

4. Sebelum bergelar selebriti, beliau merupakan seorang penulis blog.

5. Mula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak umur 18 tahun di mana dia diperkenalkan oleh penerbit syarikat Metrowealth Pictures, David Teo.

6. Beberapa drama yang dibintanginya seperti Gantung (2016), Hantu Punya Bos (drama slot Iris di TV3 pada tahun 2016, membawakan watak sebagai Abby), Khabar Dari Casablanca (siaran TV2 pada 2017, membawakan watak sebagai Sharina), Kekasih Paksa Rela (siaran Slot Akasia di saluran TV3 pada 2017, memegang watak sebagai Hanan Khaira) dan Kenyalang I’m In Love (drama slot Dahlia ditayangkan di TV3 pada 2018, memegang peranan sebagai Sutera).

7. Dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Pasangan Serasi Drama (bersama Remy Ishak) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

8. Pada Mac 2018, beliau menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya bersikap ‘diva’ kerana kononnya selektif terhadap tajaan dan wartawan yang ingin mewawancara. Dalam kenyataan sama, beliau mengakui sudah mempunyai teman lelaki yang dikenali sejak tiga tahun lalu iaitu semasa zaman kolej, sebelum bergelar artis lagi.

9. Pada hujung 2018, Najuwa menerima kecaman hebat netizen kerana mendedahkan tidak tahu cara mengisi minyak kenderaan. Kejadian itu berlaku ketika pembantu peribadinya sedang bercuti.

Sumber: Intan Najuwa, mStar Online via HCL, https://iluminasi.com/

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Buat Mesin Atm Ke”- Ditvduh Pilih Tunang Sebab ‘Kaya’, Ini Reaksi Padu Intan Najuwa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*