Selepas Mark Adam Buat Lawak Persenda Fizikal Sherry Alhadad, Alif Satar Akhirnya Bersuara

Masih hangat kisah Mark Adam yang ditegur kerana gurauan beliau terhadap Sherry Alhadad yang dianggap keterlaluan.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian ramai apabila rakan pengacara Sherry iaitu Alif Satar yang dianggap penyelamat apabila bijak membalas kata-kata Mark Adam.

Namun penyanyi dan pengacara Alif Satar tidak menganggap tindakannya membantu Sherry ketika berdepan insiden ‘b0dy shaming’ yang melibatkan juri jemputan program Big Stage, Mark Adam pada Ahad lalu, sebagai satu perkara yang perlu diperbesarkan.

Malah kata Alif, 29, apa yang dilakukan itu adalah perkara n0rmal sebagai respon kepada situasi yang terjadi, namun tidak menyangka mendapat perhatian ramai sehingga namanya menjadi trending.

“ Saya sebenarnya segan apabila orang memperkatakan tentang perkara itu kerana rasa ia tidak ada kaitan dengan saya pun. Bila 0rang puji-puji macam itu, takut kita rasa diri macam sempurna sangat pula.

“ Nanti selepas ini kalau ada buat silap, memang habislah. Kita hanya manusia biasa yang tidak akan terlepas daripada buat kesilapan..

“ Saya tak tak rasa terbeban dengan pujian ini, cuma rasa segan bila jadi perhatian hanya kerana perkara seperti itu. Lagi pun kita tidak hidup atas pujian orang,” katanya.

Bagaimanapun Alif yang ditemui pada majlis sidang media pelancaran jenama Warung Alicafe dan pembaharuan k0ntraknya sebagai duta Alicafe di Restoran Rebung, Che Ismail, Jalan Tanglin, Kuala Lumpur semalam, percaya Mark Adam tidak berniat untuk mempersendakan fizikal Sherry.

“ Mark juga manusia dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Apa yang penting, bila dia tersilap macam ni, dia terus meminta maaf dan menjelaskan salah faham tersebut secara pers0nal dengan Sherry.

“ Tindakan yang Mark lakukan itu bagi saya sangat gentleman dan itu yang seharusnya dilakukan apabila kita dah buat silap,” kata Alif.

Dalam pada itu, pengacara pr0gram Big Stage ini meminta orang ramai agar berhenti daripada menjadikan bentuk fizikal sese0rang sebagai bahan untuk melawak.

“ Saya tak salahkan 0rang yang melawak macam ni kerana kita sendiri memang dibesarkan dengan lawak sebegini sebelum ini.

“ Tapi sekarang ni dah masuk tahun 2019, rasanya dah b0leh berhenti daripada buat lawak yang yang menyentuh fizikal ni.

“ Kita tak tahu macam mana sese0rang itu struggle untuk menjadi lebih baik, jadi tak perlulah kita mempersendakan mereka dengan lawak sebegitu,” akhiri Alif.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Selepas Mark Adam Buat Lawak Persenda Fizikal Sherry Alhadad, Alif Satar Akhirnya Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*