Tolak Duit Ra-suah Dari Taukey Balak, Najib Jelaskan Punca Sebenar

Kegiatan memberi ra$uah di kalangan tauke balak sememangnya berleluasa sejak sekian lama. Amalan memberi ‘suapan’ ini biasanya diberi kepada pegawai-pegawai berkaitan demi mendapat kelulusan melakukan aktiviti pembalakan atau pembersihan hutan bagi tujuan pertanian atau lain-lain.

Malah pihak berkuasa pernah beberapa kali melakukan tangkapan terhadap individu yang memberi ‘suapan’ bukan sahaja kepada pegawai perhutanan, malah ada juga diberikan kepada pihak berkuasa seperti SPRM agar tidak dikenakan tindakan.

Sementara itu, kes terbaru pula kegiatan memberi ra$uah oleh taukey balak kini menular kepada memberi ‘suapan’ kepada penduduk setempat.

Seorang penduduk orang asli Pos Piah, Sungai Siput mend4kwa dipaksa menerima wang sumbangan berjumlah RM1,150 daripada sebuah syarikat pembalakan pada 4 Ogos lalu.

Pengerusi Jaringan Orang Asli Pos Piah, Najib Alang berkata, dia terkejut apabila diberikan wang dalam satu pertemuan bersama penyelia dan tauke syarikat itu, kononnya sebagai duit belanja kepada penduduk Kampung Ketled.

” Mereka datang untuk berbincang bagi memajukan masyarakat orang asli seperti projek penanaman durian musang king sebelum diberikan wang tersebut.

” Mereka menyerahkan secara paksa walaupun saya menolak pemberian mereka. Kami takut untuk terima wang ini, mungkin dianggap ra$uah.

” Dulu kami tidak pernah terima apa-apa bentuk sumbangan sejak ia mula beroperasi pada 2016,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Ipoh hari ini.

Menurutnya, penduduk meragui niat sebenar syarikat terbabit menghulurkan sumbangan itu.

” Satu laporan dibuat di IPD Sungai Siput pada 5 Ogos lalu untuk memulangkan semula wang kepada syarikat itu. Namun mereka menyarankan untuk selesaikan perkara ini di kampung.

” Laporan kedua dibuat hari ini untuk meminta bantuan p0lis bagi membantu dalam proses pemulangan kepada syarikat berkenaan sebab kami tidak mahu wang ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Lapangan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Shazni Bai berkata, pihaknya sedia membantu komuniti orang asli itu dalam menyerahkan wang tersebut.

” Kami harap dengan laporan ini, p0lis dapat membantu dari segi memudahkan proses pemulangan wang itu. Mereka memang tidak mahu duit itu,” katanya.

Pemangku Ketua P0lis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

“ Kita telah menerima lap0ran tersebut sekitar jam 11.19 pagi di Balai P0lis Pusat Ipoh.

“ Bagaimanapun Laporan tersebut telah dirujuk ke IPD Sungai Siput,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: sinarharian

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tolak Duit Ra-suah Dari Taukey Balak, Najib Jelaskan Punca Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*