Penampilan Terbaru Erra Fazira Saat Tiba Di Malaysia

Baru Ini, Primadona, Erra Fazira baru sahaja pulang ke tanah air dari tanah suci Mekah bagi menyempurnakan fardhu haji.

Penyanyi lagu Pasrah itu berangkat ke tanah suci awal Ogos lalu.

Kepulangan Erra turut disambut rakan baik, sebagaimana yang dikongsikan juru solek terkenal, Othong Danish menerusi video pendek yang dikongsi menerusi Instagram, awal hari ini.

“Alhamdulillah syukur Ya Allah. Rara, Hajah Erra Fazira selamat sampai,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen yang turut merakam kelibat anak tunggal Erra, Engku Aleesya serta penulis lirik, Habsah Hassan yang turut menyambut kepulangannya.

Terdahulu, Erra menerusi laporan media menjelaskan, pemergiannya ke sana adalah secara sendirian tanpa mahram dan niat untuk mengerjakan haji sudah pun tersemat dalam diri lebih lima tahun lalu.

Rata Rata Peminat mengucapkan Selamat Kemabali Ke Tanah Air

iamothongdanish18 Alhamdulilah syukur ya allah Rara… hajjah erra fazira @errafazira Selamat sampai @intanzabidin #habsahhassan

anakhalid83 Aduhhhh i yg sebak. Moga ada rezki utk i satu hari

blackbeautyz Alhamdullilah…selamat sampai..aduhh kita plak yg sebak nengok..

thumbsuhaimi alhamdulillah… semoga mendapat haji yang mabrur kakak/hajah @errafazira

iameyda_zumiqa Selamat kembali hajjah @errafazira semoga diberi keberkatan buatmu

Min Mengucapkan Selamat Pulang Ke Tanah Air Hajah Era Fazira!!

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Erra Fazira

1. Nama sebenarnya, Fazira binti Wan Chek. Dikenali sebagai Erra Fazira.

2. Kelahiran Sungai Choh, Rawang, Selangor pada 9 Februari 1974. Berusia 45 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Anak kepada pasangan Wan Chek (bapa) dan Azizah Zaik (ibu).

5. Merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1992.

6. Kariernya berkembang selepas menjulang takhta juara pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992.

7. Beliau yang diberi jolokan ‘Primadona Filem Melayu Alaf Baru’ pernah meletup menerusi filem Sembilu, Maria Mariana, Soal Hati, Pasrah, Cinta Kolestrol dan Janji Diana.

8. Sebagai penyanyi, Erra yang memperjuangkan genre muzik Pop, Balada dan R&B sehingga kini telah mempunyai enam buah album studio, dua album EP dan beberapa album runut bunyi serta kompilasi. Popular menerusi lagu-lagu hits seperti Yang Terindah Hanyalah Sementara, Pertemuan, Jendela Hati, Ingin Tahu, Hanya Di Mata, Cinta Abadi dan Pasrah.

9. Pemegang trofi Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia 2001 menerusi filem Soal Hati, Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia 2005 menerusi Hingga Hujung Nyawa dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebanyak tujuh kali.

10. Pernah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi rock, Awie pada tahun 1996, sebelum putus pada hujung 1998. Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai pada 16 Jun 2006. Ikatan perkahwinan keduanya bersama Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sekali lagi berakhir dengan perpisahan pada 18 Februari 2014. Bagaimanapun hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya pada Mac 2009.
11. Dua lagi selebriti lelaki yang pernah dikaitkan bercinta dengannya ialah penyanyi Shahir Zawawi dan pelakon Hans Isaac.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Erra Fazira , Sharendra Abd Razak & BHonline, https://iluminasi.com, Instagram Othong Danish / MH

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Penampilan Terbaru Erra Fazira Saat Tiba Di Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*