Selepas Kerajaan Setuju Luluskan GoJek, Mufti Pula Kata Ianya Tidak Islamik. Ini Sebabnya

Langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek disifatkan sebagai tidak Islamik dan tidak sopan.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, secara terus terang apabila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim membonceng motosikal boleh mengundang kepada fitn4h.

Menurutnya, bagi mengelakkan tuduhan fitn4h berkenaan, adalah lebih elok ditiadakan perkhidmatan Gojek itu.

” Tak sesuai, lelaki dan perempuan bukan muhrim membonceng motosikal yang sama. Mungkin penunggangnya lelaki dan pemboncengnya perempuan atau sebaliknya. Apa ke halnya kena ada situasi begitu?

” Keadaan itu jelas tidak Islamik dan tak sopan. Naik motosikal berdua bukan muhrim, tak diharuskan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Tamyes berkata, mungkin kerajaan boleh memikirkan langkah lain yang lebih baik bagi mengelakkan mas4lah ini.

Bagaimanapun,Mufti Pulau Pinang,Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk memutuskan pelaksanaan Gojek ini.

” Terpulang kepada pihak berkuasa, saya tidak ada fatwa tentang perkara ini,” katanya ringkas.

Semalam, Kabinet pada asasnya bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan Gojek.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof berkata, Kabinet dalam mesyuarat mingguannya pada Rabu membincangkan perkara itu secara terperinci dan memberi lampu hijau untuk melaksanakan perkhidmatan tersebut.

Sementara itu Pengasas Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, kerajaan tidak mempunyai asas yang kukuh untuk memperkenalkan pengangkutan terbaharu itu kerana kadar kesesakan jalan raya di Malaysia masih lagi terkawal.

Perkhidmatan teksi motosikal atau dikenali Gojek tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana ia dilihat bakal memberi banyak kesan negatif kepada masyarakat termasuk menyumbang kepada kadar kemalangan motosikal.

“ Saya tidak melihat apa perlunya kerajaan untuk mengikuti langkah beberapa negara jiran yang telah memperkenalkan pengangkutan teksi motosikal itu sedangkan keadaan trafik negara secara keseluruhannya masih lagi baik.

“ Kerajaan perlu sedar banyak perkara negatif yang bakal berlaku berlaku terutama sekali kemalangan jalan raya. Adakah kerajaan tidak sedar atau buat-buat tidak sedar dengan statistik kemalangan jalan raya yang menunjukkan penunggang motosikal menyumbang kemalangan maut yang tertinggi.

“ Kita jangan bandingkan dengan negara-negara lain sebagai contoh, Indonesia walaupun negaranya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi tetapi kes kemalangan motosikal kurang berlaku disebabkan jalan raya mereka yang sesak sudah pasti penunggang motosikal tidak boleh menunggang dengan laju,” katanya 

Shamsulbahrin berkata, tindakan kerajaan untuk memperkenalkan sistem pengangkutan yang dilihat mundur ke belakang itu juga secara tidak langsung turut menggambarkan perkhidmatan pengangkutan awam negara masih lagi rendah.

“ Buat apa kerajaan berbelanja berbilion-bilion untuk membina pengangkutan awam yang terbaik jika ingin memperkenalkan teksi motosikal yang saya rasakan tidak relevan ini,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: sinarharian

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Selepas Kerajaan Setuju Luluskan GoJek, Mufti Pula Kata Ianya Tidak Islamik. Ini Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*