Adik Shila Amzah Jelas niat sebenar mengenai komen terhadap foto Haneesya Hanee

Baru-baru ini, penyanyi baru Syada Amzah meluahkan rasa kec3ewa terhadap sekeping foto model Haneesya Hanee menggayakan skarf dalam keadaan bertinggung. Status Syada walaubagaimanapun mengundang kecaman netizen di Twitter. Rata-rata menyifatkan status adik kepada penyanyi Shila Amzah ini seolah-olah telah membuli pelakon baru wanita popular itu.

Niat saya nak bagi orang report

Syada Hamzah meluahkan rasa kesal terhadap pihak ketiga yang memungkiri janji dengan memuat naik foto photoshoot Haneesya Hanee menggayakan sehelai skaft merah di kepala itu. Malah, adik kepada Shila Amzah ini turut merasa kasihan terhadap nasib yang menimpa pelakon itu.

Sebenarnya bukan saya nak point out pasal dia. Kalau tengok balik status itu, saya bercakap mengenai tudung yang dipakai. Niat asal saya nak bagi orang re3port foto itu supaya boleh diturunkan kerana saya menganggap foto itu tidak menghormati agama.

Sebelum itu, saya ada tanya seseorang yang rapat dengan Haneesya mengenai foto itu. Kenapa dia ambil gambar macam ini? Kemudia baru Haneesya beritahu sepatutnya gambar itu close-up, hanya tunjuk tudung sahaja. Tetapi tiba-tiba mereka keluarkan full shot dengan keadaan sebegitu.

Dia asyik kena hentam


Dia turut bersimpati dengan nasib yang sering ditimpa pelakon wanita itu dan menyifatkan diri pelakon itu terperangkap.

Saya kasihan dengan Haneesya sebab dia asyik kena hentam dan sekarang dia kena lagi. Kalau benarlah mereka janji gambar itu close-up, tetapi akhirnya mereka keluarkan gambar penuh, saya rasa Haneesya sendiri sudah terperangkap.

Saya sedar saya tidaklah baik sangat cuma saya perlu buat sesuatu mengenainya. Jujur, saya tiada masa@lah peribadi atau perasaan benci terhadap Haneesya sebaliknya dia seorang yang sangat baik. Saya amat mengagumi kecantikan dia tapi saya rasa gambar itu keterlaluan.

Saya nak menjaga agama


Mengulas lebih lanjut, Syada Amzah turut menasihati agar pelakon itu kena pastikan foto tidak menimbulkan gambaran buvruk meskipun telah dimaklumkan pihak tertentu untuk mengambil shot close-up.

Saya juga faham modelling adalah periuk nasi, bakat dan kelebihan dia tetapi saya percaya dia ada hak untuk bercakap sesuatu mengenainya. Sekalipun dia terima job itu tiada masalah kerana itu rezeki dia.

Saya nak menjaga agama sebab saya tidak mahu orang sewenang-wenangnya mempermainkan perkara ini. Cuba anda fikir kalau gambar itu mereka gunakan hingga ke peringkat antarabangsa dan masyarakat lain tengok gambar itu, apa yang mereka akan fikirkan?

p/s: Semoga selepas kejadiian ini, Haneesya menjadi orang yang lebih matang dan lebih berhati-hati menerima sebarang tawaran

Apa kata anda? Kongsikan bersama kamiĀ 

Sumber: mStar, Syada Amzah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Adik Shila Amzah Jelas niat sebenar mengenai komen terhadap foto Haneesya Hanee"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*