“Mukanya berwajah Asia” – Bapa Biologi Anak Bakal Terjawab

e-SSM Portal

Teka-teki mengenai bapa kandung anak lelaki Rihana Oksana Gorbaenko bakal terjawab apabila bekas ratu cantik Moscow itu memfailkan petisye3n paterniti di Mahkamah Daerah Dogomilovsky.

Perba@lahan mengenai status anaknya itu akan diputuskan mahkamah – dimana hakim mungkin akan memerintahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjalani ujian DN A.

Memetik laporan akhbar Britain, Daily Mail, petisyen berkenaan menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan, selepas menuntut elaun bulanan kira-kira RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta.

Oksana, 27 tahun, sebelum ini enggan meneruskan kes berkenaan kerana beranggapan ia boleh diselesaikan dengan baik.

“Bagaimanapun sekarang dia memfailkan semula tuntutan paterniti selepas tiada kemajuan dalam tuntutan penyelesaian, termasuk elaun bulanan anak sebanyak £24,000 sebulan, sebuah apartmen berharga £1.2juta di Moscow dan selepas itu rumah berharga £8 juta di London,” petik Daily Mail.

Ia susulan penafian peguam Sultan Muhammad V yang menolak dakwaan statusnya sebagai bapa biologi anak Oksana, tiga bulan lalu.

Akhbar berkenaan juga berkata, mahkamah boleh menerima tuntutan paterniti Oksana melalui penghakiman ingkar, sekiranya Sultan Muhammad V enggan menghadiri pendengaran kes atau menjalani uji1an DNA.

Oksana menegaskan anaknya, Leon, merupakan hasil perkahwinan mereka.

“Mukanya serupa bapanya dan berwajah Asia,” kata beliau dalam satu temu bual sebelum ini dengan menegaskan anaknya merupakan hasil perkahwinan mereka.

Terbaru, Rihana memberitahu dia terpaksa menjual cincin kahwinnya bernilai £ 203,000 (RM1juta)

Oksana, 27, berkata dia sangat terdesak dan memerlukan wang tunai untuk menampung bil perubatannya di Switzerland apabila dia hampir kehi1langan bayi yang dikandungnya.

Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang dilahirkan pada 21 Mei lalu dan kini berusia 4 bulan didakwa waris kerabat diraja Kelantan berdepan beberapa kompli1kasi ketika berada di dalam kandungan lagi.

Sehubungan itu Oksana mendakwa terpaksa menjual cincin rekaan Jacob Arabo iaitu sama seperti dipakai oleh Victoria Beckham tiga kali kurang daripada nilai asalnya.

“Saya tidak akan menyatakan harga saya menjualnya, tetapi ia adalah tiga kali kurang daripada kosnya,” kata Oksana kepada Daily Mail Britain.


Oksana juga menuduh kerabat Kelantan tidak memberi sebarang na2fkah yang sewajarnya bagi menampung perbelanjaan rawatan Leon.

Sebelum ini negara kecoh dengan kisah Oksana dengan Sultan Kelantan yang dikatakan bercerai dengan talak tiga.

Penceraian itu turut disahkan oleh peguam Sultan Muhammad, Koh Tien Hua yang memaklumkan pasangan terbabit berce3rai tal2ak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah

FMT telah menghubungi istana Kelantan untuk mendapatkan maklum balas.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: FMT

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Mukanya berwajah Asia” – Bapa Biologi Anak Bakal Terjawab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*