“Nak protes boleh tapi..”-Tun M mula bersuara

“BOLEH prot3es tapi tolong buat di tempat lain bukannya pada program rasmi,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas tindakan bi1adab seorang graduan Universiti Malaysia (UM) pada Sidang Kelima Istiadat Konvokesyen UM kali ke-59, 14 Oktober lalu.

Perdana Menteri berkata, graduan berkenaan boleh menunjukkan prote3s dan pandangannya di tempat lain kerana setiap universiti ada prosedur dan peraturan tertentu.

“Kita perlu ikut peraturan jika tidak ia akan menimbulkan masa@lah,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Forum Kemiskinan sempena sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa 2019 anjuran Yayasan Kesejahteraan, hari ini.

Katanya, kerajaan tidak campur tangan terhadap tindakan di ambil UM membabitkan graduan yang menunjukkan tanda prot3es itu.

Dr Mahathir berkata, pihak universiti berkenaan berhak mengambil tindakan yang dirasakan sesuai terhadap graduan berkenaan.

Semalam, UM membuat lapora@n polis terhadap graduan berkenaan.

Pada 14 Oktober lalu, seorang graduan kejuruteraan awam bertindak mengeluar dan menayangkan plakad tertera perkataan, ‘Tolak Ra@sis’ dan ‘Undur VC’ sebaik menerima skrol ijazahnya ketika berada di atas pentas pada sidang konvokesyen itu.

Graduan terbabit melaungkan perkataan itu sambil menje3rit ‘ini tanah Malaysia’.

Ajak naib canselor bersemuka dengan pelajar

Sementara itu saranan yang graduan kontroversi, Wong Yan Ke terhadap Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Datuk Dr Abdul Rahim Hashim pada penghujung video terbaharu yang dimuatnaik di Facebook.

Video berdurasi enam minit 32 saat pada Rabu itu memperkatakan tentang perkembangan terbaharu transkrip akademik graduan berkenaan selepas dia melakukan protes di pentas Istiadat Konvokesyen UM kali ke-59 pagi Isnin.

Menurut Yan Ke, dia masih belum menerima transkrip miliknya biarpun sudah mengembalikan pakaian istiadat konvokesyen termasuklah jubah.

“Jadi hari ini saya sudah memulangkan jubah konvokesyen dan topi. Selepas memulangkan semua ini, saya sepatutnya menerima transkrip akademik seperti termaktub dalam peraturan di laman sesawang konvokesyen UM.

“Tapi nampaknya selepas saya pulangkan semua ini, mereka memberi alasan yang mengarut yang menyatakan, transkrip akademik saya kotor.

“Bukan dalam keadaan elok, terdapat masalah pencetakan. Jadi mereka memutuskan untuk pegang dahulu transkrip akademik saya,” ujarnya.

Tambah Yan Ke, dia dimaklumkan akan diberitahu kemudian jika transkrip miliknya sudah sedia untuk diambil.

Susulan itu, graduan Kejuruteraan Awam berkenaan menyatakan beberapa persoalan yang terbuku menerusi video berkenaan.

“Ada dua soalan yang saya nak tanya pada staf. Jika transkrip akademik belum siap, kamu sepatutnya maklumkan dahulu kepada pelajar sebelum mereka datang. Jika tidak, ia akan membazir masa mereka.

“Perkara kedua, jika sudah dinyatakan dalam peraturan kami akan mendapat transkrip pada masanya selepas mengembalikan jubah konvokesyen, tetapi kelihatan seperti mereka yang memungkiri janji.

Yan Ke dike3cam netizen selepas rakaman perbuatannya tular di media sosial.

“Selepas saya mempersoalkan situasi mengarut yang berlaku, mereka nyatakan pada saya bahawa sebenarnya mereka tak tahu jika skrol dan transkrip akademik saya akan ditahan oleh pihak universiti atau akan dibatalkan.

“Ini adalah perkara yang mereka tak boleh jawab. Mereka kata mereka hanya staf dan tak boleh jawab bagi pihak VC dan tak tahu situasi sebenar ,” kata Yan Ke.

Tambah Yan Ke, bagaimanapun sehingga kini Naib Canselor UM masih tidak tahu apa kesa@lahan yang dilakukannya.

Malah, Yan Ke menyifatkan naib canselor sebagai ‘kebudak-budakan’ kerana enggan bersemuka sendiri dengan pelajar.

“Pertama membuat laporan polis. Kedua, meminta pelajar membuat protes untuk mempertahankan kamu dan kenyataan perka@uman kamu.

“Dan terbaharu, perkara ketiga kamu lakukan, menahan transkrip akademik saya. Sampai bila kamu akan lakukannya?

“Jadi tolong, jadi intelektual yang bertanggungjawab seperti saya nyatakan dalam kenyataan saya, dan jadi lelaki.

“Jika rasa apa yang kamu kata itu benar, berhadapan dengan kami. Bukannya buat tindakan kebudak-budakan,” ujarnya lagi.

Latest update on my academic transcript.

Posted by Wong Yan Ke on Tuesday, October 15, 2019

Video itu setakat ini menerima 19,000 tontonan dalam tempoh sejam selepas dimuatnaik.

sumber: mstar 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Nak protes boleh tapi..”-Tun M mula bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*