Rihana Oksana Bakal Menunaikan Janjinya Untuk Dedah Perkara Ini

Populariti wanita Rusia, Rihana Oksana kini tidak ubah seperti seperti selebriti ternama. Bukan sahaja dalam negara, malah media antarabangsa turut ‘mengintip’ perihal bekas ratu cantik Rusia ini.

Bakal Berkongsi Wajah Anak

Bermula daripada kisah perkahwinan dan perceraian, kini media turut tertumpu pada perkembangan terkini anaknya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra. Terdahulu, Rihana telah berkongsi khabar berita dia telah selamat melahirkan anak sulungnya itu pada 21 Mei 2019. Dalam kenyataan media antarabangsa, Rihana mendakwa bayi itu adalah hasil perkahwinannya bersama bekas suami,Sultan Muhammad V.

Sejak dilahirkan sehingga ke hari ini, Rihana enggan berkongsi wajah anaknya itu dan memuatnaik perkembangan terkini mengenainya di laman Instagram. Jelasnya wajah Tengku Leon mempunyai wajah Asia seperti bapanya. Tidak lama kemudian, menerusi posting terbaharunya, dia telah membalas pertanyaan salah seorang pengikut di laman Instagram mengenai wajah anak. Sebelum ini, Rihana telah berjanji akan berkongsi wajah Tengku Leon apabila bayinya itu menjengah ke usia 6 bulan.

Didedahkan Dalam Laman YouTube

Membalas pertanyaan tersebut, Rihana berkata dia akan menunaikan janjinya itu dan akan mendedahkan wajah Tengku Leon tidak lama lagi menerusi laman YouTube nya.


Dikatakan, Rihana kini sedang giat menyiapkan beberapa video mengenai kehidupannya bersama Tengku Leon usai berp1sah dengan Sultan Kelantan beberapa bulan yang lalu.

p/s: Semoga segala urusan Rihana dipermudahkan bersama anak yang tersayang

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 

sumber: hangat.com 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Rihana Oksana Bakal Menunaikan Janjinya Untuk Dedah Perkara Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*