Sering Disebut Bagai ‘Kembar’ Tony Stark, Ini rahsia Sham Visa Yang Ramai Tak Tahu

Bagai sudah sinonim, peserta program Gegar Vaganza 6 (GV6), Sham Visa dikatakan mirip bintang filem Avangers, Iron Man lakonan Robert John Downey Jr.

Pemilik nama penuh Rohisham Hashim ini yang tampil dengan imej berkaca mata bulat, berkumis dan berjambang nipis nyata memberi aura tersendiri buatnya pabila kembali memeriahkan dunia seni.

Jadi, jom kenali Sham dengan lebih dekat.

1. Vokalis kumpulan Visa yang popular sekitar awal tahun 90-an yang dianggotai Joe, Imm dan Azli.

2. Pernah membuat kemnuculan di layar perak menerusi filem Debu-Debu Kasih gandingan bersama Aida Aris, Raja Azura dan ramai lagi.

Filem tersebut diarahkan Pansha pada tahun 1995.

3. Penah membuat kemunculan dalam drama bersiri Cekelat Honey pada akhir tahun lalu gandingan bersama Siri Nordiana, Fikry Ibrahim dan Zulin Husin.

4. Mempunyai kelab peminat (fan club), Shamvengers yang kini memiliki hampir 10,000 pengikut di Instagram.

5. Sudah berkeluarga. Mempunyai isteri yang sentiasa memberi sokongan dan dikurniakan sepasang anak.

6. Sudah meninggalkan dunia hiburan sejak 10 tahun lalu, namun kembali ‘menggegarkan’ arena seni dengan kemnculannya dalam GV.

7. Sham terlibat dalam bidang Oil & Gas sebelum muncul kembali di kaca televisyen.

8. Pada minggu pertama, Sham menyanyikan lagu hitsnya bersama kumpulan Visa berjudul Dalam Gerimis, minggu kedua mengalunkan lagunya sendiri iaitu Untukmu Selamanya.

Minggu hadapan, Sham diberi tugasan menyanyikan lagu Sayang-Sayang nyanyian Alif Aziz.

9. Sentiasa mendapat komen positif dari para juri selepas membuat persembahan di pentas GV setakat ini.

10. Meski sudah berusia 48 tahun, namun penampilan Sham tidak ‘ditelan’ usia; baik dari segi rupa paras dan sosok tubuhnya.

Foto : Instagram Sham Visa/ Google

Terima 1,000 mesej setiap hari

BEKAS penyanyi utama kumpulan Visa, Rohisham Hashim atau Sham menafikan ada menerima pesanan berbaur lVcah atau gambar k3terlaluan daripada peminat.

Bagaimanapun, dia mengakui menerima lebih 1,000 mesej di Instagram setiap hari dan sebahagian besarnya wanita yang sudah berkahwin.

Nama Sham kembali hangat diperkatakan apabila dia menyertai program realiti Gegar Vaganza dan imej ditampilkan disamakan dengan watak filem keluaran Marvel terkenal Iron Man, Tony Stark lakonan Robert Downey Jr.

Ramai memuji penampilan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Dalam Gerimis yang masih segak walaupun usia sudah mencecah 47 tahun.

Sham ketika ditemui menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada peminat kerana masih menerimanya meski hampir 15 tahun menyepikan diri.

Menurut Sham, sebelum ini dia tiada akaun media sosial dan sebaik sahaja ada Instagram, jumlah pengikut melonjak lebih 35,000 dalam tempoh dua minggu.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah menerima apa-apa mesej atau gambar berbaur lucah. Kebanyakan mesej yang dihantar peminat adalah untuk mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata sokongan apabila saya kembali aktif,” katanya.

Tambah Sham lagi, dia mahu berterima kasih kerana sebahagian besar peminat meminatinya kerana bakat yang dimiliki dan menghormati statusnya sebagai suami orang.

“Kebanyakan peminat saya sudah dewasa dan boleh berfikir. Mereka menjaga batas dan saya sangat berterima kasih,” katanya.

sumber: mediahiburan 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Sering Disebut Bagai ‘Kembar’ Tony Stark, Ini rahsia Sham Visa Yang Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*