10 Anak Perempuan Selebriti Sama Cantik Macam Ibunya, Ramai Tak Tahu Yang Last Tu Anak Saudara Dato Siti Rupanya.

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Paras rupa ibu yang jelita biasanya memang akan turun kepada wajah anak perempuan mereka.

Berikut antara gambar selebriti Hollywood dan selebriti tempatan bersama anak perempuan mereka yang korang boleh lihat dengan jelas sekali kecantikan yang diwarisi daripada siapa.

Nampak macam adik beradik pun ada. Betul tak?

1. Miley Cyrus & Tish Cyrus

2. Suri Cruise & Katie Holmes

3. Kendall Jenner & Kris Jenner

4. Leni Klum & Heidi Klum

5. Sailor Brinkley & Christie Brinkley

6. Marissa Dania & Anak Abby Abadi

7. Nur Naffiz Syahiddah & Liza Abdullah

8. Ruhila Roslan & Normala Shamsuddin

9. Puteri Julia Nabilah & Ziela Jalil

10.Nurunnyssa & Saida…rupa-rupanya Tok Ti ada anak buah cantik 😍

sumber : remaja & media hiburan

(Foto) Inilah Siti Nurunnysa, Anak Saudara Siti Nurhaliza Yang Cantik Jelita!

Kalau korang masih ingat dulu anak saudara kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mendapat perhatian ramai kerana mempunyai raut wajah yang sangat cantik. Siti Nurunnysa merupakan anak kepada kakak Siti Nurhaliza iaitu Siti Norsaida atau lebih dikenali dengan Saida.

Betul lah kata orang kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ternyata kecantikan yang dimiliki oleh Nysa datang dari ibunya sendiri. Ok lah taknak cakap banyak, jom tengok betapa cantiknya anak saudara Siti Nurhaliza ini!

Ha amacam cun tak anak saudara Siti Nurhaliza ni? Mesti ramai yang tak kelip mata tengok kecantikan Nysa kan?

Pernah “Private” kan Akaun IG.

Sebelum itu, Penyanyi Saida berkata, anaknya iaitu Siti Nurunnyssa Mohd. Ghazali, terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi selepas menjadi perhatian kerana memilki wajah cantik.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, berkata, walaupun dia tidak kisah dengan perkara itu, namun anak sulungnya itu berasa tidak selesa lebih-lebih lagi gambar-gambarnya diambil untuk menjadi bahan bualan forum.

“Saya mendapat tahu nama Nurunnyssa menjadi bualan netizen di beberapa forum. Saya tidak kisah tetapi anak saya mengambil perkara itu sangat serius dan berasa privasinya diganggu.

“Apatah lagi banyak gambarnya diambil tanpa persetujuan dia pun. Saya faham, dia tidak selesa dengan situasi itu dan terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi.

“Bagi saya, tindakannya itu bagus dan mempunyai pendirian sendiri. Saya percaya anak saya mampu berfikiran dengan bijak dengan setiap ujian yang hadir,” katanya 

Saida berkata demikian bagi mengulas mengenai anaknya, Nurunnyssa yang menjadi perhatian netizen kerana memiliki raut wajah yang cantik.

Dalam pada itu, Saida berkata dia tetap memberi nasihat kepada anaknya agar lebih berhati-hati setiap kali memuat naik gambar di laman sosial kerana ia boleh dijadikan sasaran oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkannya.

Selain Nurunnysa, Saida yang merupakan ibu tunggal juga mempunyai tiga orang anak iaitu Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar/MH via sinar  viral

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "10 Anak Perempuan Selebriti Sama Cantik Macam Ibunya, Ramai Tak Tahu Yang Last Tu Anak Saudara Dato Siti Rupanya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*