“Hanya Mampu Tatap Baju Labuci Kalau Rindu…” – Tak Mampu Gelek Lagi, Datuk M. Daud Kilau Lupakan Dunia Hiburan

Siapa yang tidak kenal dengan Raja Gelek Malaysia dan penyanyi veteran Malaysia iaitu Datuk M. Daud Kilau yang pernah menghiburkan kita dengan lagu seperti Cek Mek Molek, Gila Jvdi dan sebagainya. Terbaru, menerusi page Perak Gazette, berkongsi berita menyed1hkan apabila penyanyi veteran itu telah membuat keputusan untuk melupakan dunia hiburan atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

Foto Perak Gazette

Menurut penyanyi ini juga, dia sudah tidak mampu untuk berdiri apatah lagi menghiburkan penonton dengan geleknya di atas pentas. Dia membuat keputusan itu selepas mengalami masalah kesihatan berlarutan selepas komplik4si membu4ng air kecil sejak tahun 2016 lagi.

Selepas itu saya masih mampu lagi memenuhi undangan membuat persembahan namun setahun kemudian, kesihatan saya semakin tervk. Sekarang saya membuat rawatan susulan dua atau tiga minggu sekali di klinik dan hospital.

Saya menghidap s4kit kenc1ng manis, keb4s kaki dan tangan serta pinggang yang rasanya s4kit sangat. Saya dah tak larat nak berdiri dan bergelek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi.

Foto Perak Gazette

Tambahnya lagi, beberapa tawaran persembahan terpaksa dit0lak termasuk membuat persembahan di Singapura bersama kumpulan Black Dog Bone. Dia tetap menolak tawaran itu walaupun telah ditawarkan untuk duduk sahaja sepanjang persembahan.

Saya men0lak untuk membuat persembahan kerana saya tak boleh berdiri lama, saya selalunya lincah di atas pentas. Kalau datang duduk saja di atas pentas, tak elok. Takkan nak tunjuk muka saja. Black Dog Bone kata datang saja, mereka buat persembahan dan saya duduk saja. Tak nak saya.

Belum pernah saya buat macam tu, kecualilah saya tetamu jemputan yang hanya datang dan duduk saja. Mereka beri duit, tambang kapal terbang, hotel, takkan saya datang nak duduk sahaja. Jadi saya minta maaf kepada mereka yang membuat tawaran, saya tak dapat memenuhi undangan mereka kerana masalah kesihatan yang saya alami.

Foto Perak Gazette

Penyanyi berusia 81 tahun itu mengharapkan semua peminat untuk terus berdoa terhadap kesihatannya. Dia turut mengakui merindui bertemu peminat-peminatnya.

Kalau rindukan peminat, saya tatap koleksi baju labuci yang masih saya simpan dengan rapi. Namun tanaman yang saya usahakan tak menjadi sebab saya dah tak larat. Saya berharap peminat mendoakan kesihatan saya.

Saya hanya mahu menghabiskan sis4 hidup ini, berapa lama lagi Allah bagi saya. Saya bersyukur sampai sekarang Allah memberi nafas kepada saya.

Sepastinya lagu Che Mek Molek nyanyian Datuk M. Daud Kilau ini menjadi nostalgia buat semua peminat Raja Gelek Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Perak Gazette via OHBulan

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Hanya Mampu Tatap Baju Labuci Kalau Rindu…” – Tak Mampu Gelek Lagi, Datuk M. Daud Kilau Lupakan Dunia Hiburan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*