“Kalau P0wer Camni Aku Sanggup Jadi Mentor…” – Faizal Tahir Komen Persembahan Protege Hazama

Rancangan realiti nyanyian Mentor Milenia 2019 yang bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam di TV3 nampaknya membariskan penyanyi-penyanyi hebat Tanah Air sebagai mentor. Setakat ini, sudah hampir enam minggu program tersebut bersiaran dan telah beberapa orang peserta disingkirkan. Namun begitu, peserta yang meneruskan perjuangan dilihat semakin menunjukkan ‘belang’ masing-masing.

Minggu demi minggu, para protege kepada mentor-mentor telah berusaha menjadi lebih baik. Paling mencvri tumpuan adalah protoge daripada Mentor Hazama yang sentiasa menunjukkan persembahan yang konsisten.

Perkara tersebut telah menarik minat seorang penyanyi dan pengubah lagu terkenal Faizal Tahir di Twitter. Posting yang dibuat Faizal telah tular di media sosial dan turut mendapat balasan daripada Hazama.

Respon dari Hazama;

Pujian yang diberikan oleh Faizal sememagnya sesuatu motivasi yang sangat berharga buat peserta bernama Apex Tajudin. dia telah mengucapkan terima kasih dan berharap agar Faizal mendoakannya berjaya dalam bidang seni.

Malam Ahad yang sudah, Apex Tajudin telah menyanyikan lagu Sejati dendangan asal Faizal Tahir. Hal Persembahan bertenaganya telah mendapat pujian dan sememangnya menghiburkan.

Selain daripada Apex Tajudin, beberapa lagi protege telah membuat persembahan pada malam tersebut. Mentor Milenia telah dibarisi dengan 5 orang Mentor iaitu Akim Ahmad, Stacy, Black, Hazama dan juga Ernie Zakry.

Rancangan tersebut juga telah menampilkan Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet sebagai juri tetap. Sementara Shuk Sahar serta Elly mazlien bertindak sebagai pengacara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Facebook

Sumber : Faizal TahirHazamaTV3 via NoteuntukAwak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Kalau P0wer Camni Aku Sanggup Jadi Mentor…” – Faizal Tahir Komen Persembahan Protege Hazama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*